meebo

:: Geng-geng Aku Buncit ::

Tuesday, December 20, 2011

~Four Zero Zero ! ~

Assalamualaikum!


sumber gambar: Google.

Harlooo!! Kawan-kawan. Sila lihat number followers aku. Hehehe. Dah 4000000. Keke.
Banyak kan? *muka berlagak*
Haha. Takdelah banyak kan. Orang lain lagi ramai follower tak kecoh pon. Saje la nak brag sikit. So anyway, thank you to all my dear followers for kindly hitting the 'follow' button. Walaupun anda tidak membaca blog saya. =_='. I know this is one boring blog. Keke.
Anyway, saya follow semula. :)

That's all geng. I'll come out with a new post later.

Wednesday, December 7, 2011

~Aku Sudah Dewasa ! ~

Assalamualaikum!



sumber: Google

Wuuuu. Korang, aku sakit gigi.
Gigi bongsu tumbuh. Yeay! Aku sudah dewasa!
Tapi sakittttt.

Tadi aku pegi jumpe dentist jap. Saje la nak test check gigi and amik ubat. Dah lama sangat aku sakit gigi. Nak masuk 2 minggu aku rasa. Tapi the first week was worst than now, but the pain i can't bear with it any longer so sebab tu aku pun pantas menculik office mate aku dan lantas terus ke dentist. Kena la culik, aku tak tau jalan nak pegi sorang, plus gua goyang kot nak jumpe dentist sorang-sorang ni.

So, doktor cakap kalau gigi nye sakit berterusan, dia nasihat suruh aku buang je gigi bongsu tu. Erkk. Kalau bole aku tak nak buang. Nak simpan. Kalau buang nanti tak cukup dah gigi aku satu set. Sebelum ni dah cabut sebatang. Yang sebatang tu pun aku tak habis meratap menangis lagi ni kan pulak nak cabut yang bongsu. Tapi bile fikir balik takkan aku nak simpan sakitnya pulak kan. Adoi.

Tapi aku tak decide lagi camne. Pergh, tapi kalau aku nak buang giginya aku kena buat surgery tu and it costs me like RM600.00 for one surgery. Baiklah. Aku boleh terima la sebab tu harga klinik swasta. Kalau kerajaan murah sikit kot. Cume yang aku takleh terima ialah SURGERY kotttt. Seriau plak aku. Aku dah terbayangkan yang bukan-bukan.

Sebelum ni aku tau la jugak, kalau gigi bongsu tumbuh kite akan rasa sakit. Tapi aku tak tau la pulak sakit begini. Gum swelling, sore throat, difficult to open my jaw and swallow foods, fever and worst is BAD BREATH!!! Agaknya doktor tadi pening bau mulut aku yang busuk dan juga susunan gigi aku yang bersepah. WUUUU!! .

Has anyone experienced this before? I mean plucking out your wisdom teeth? Is it painful? I seriously need to consider plucking it out because i can no longer endure the pain. Kalau on and off sakitnye, okay lagi. Ni berpanjangan. Huhu. Tapi takpelah, kite tengok je la macam mane. Urgh. Dahla, sakit gigiku. Nak tido. Eh?


p/s: sakittttt.







Thursday, December 1, 2011

~ Wave Me Goodbye ! ~

Assalamualaikum!

Hai kawan-kawan! Lama tak jumpa. Secara maya laa maksud aku. Dah lama tak update sebab busy dan takde gosip aku nak tepek kat blog ni. Tapi hari ni aku nak cite pasal farewell party one of my favorite buddies kat office. Biar aku kenalkan si perempuan ini. 

   

ini mas! 

She is one of my officemates. She's only 20 years old. Yeah i know i wayyy older than her. Baru-baru ni dia benti keje sebab nak sambung belajar. Sobs! Sedih gila sebab aku sangat rapat dengan dia time kat office. Huhu. Tapi nak buat camne kan. She has a long way to go and she deserves to achieve what she wishes for. So, as to celebrate her farewell party, our boss and the engineers bought her a cake and kami makan la sama-sama keknye. Sobs!


sedappp. :p



bersama bosss.


engineers yang gojes dan awesome.


muka-muka gembira. 


sobs. huhu.

Haih. Dah terbiasa sangat ada dia kat ofis, sekarang ni rase pelik lak bile dia takde. huhu. To mas, sila belajar rajin-rajin dan capai segala impian kamu. Jue doakan kejayaan mas! Good luck!




p/s: sobs. sobssss. 


















Sunday, November 13, 2011

~ Bila Nak Kahwin?! ~

Assalamualaikum!



image by Google

Evening everyone! What are you guys up to tonight? Nothing much as for me. It has been the same weekend. Boring as always. Dari pagi sampai malam aku menganga dirumah. Hehe. So mari kite mulakan update malam ini. Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah! Yeay! Tapi untuk siapa? Haaa. Tahniah kepada kawan-kawan dan geng-geng diluar sana yang bakal bertunang juga kepada yang bakal berumah tangga. Selamat melangkah ke alam perkahwinan. Tahniah sekali lagi.

Jap! Why so sudden? I mean the congratulates and wishes and all. Haha. Lately aku perasaan, dah ramai kawan-kawan aku yang naik pelamin. I'm talking about friends of my age. So secara tak langsung aku tiba-tiba terfikir. "When is it my turn? When will i get married?". Seriously, i DO NOT like to talk about marriage that much. It makes me feel so old. I mean, it's the moment for you to live like a real grown up, which i'm having some problems dealing with. 

Anyway, tipulah kalau aku cakap aku tak nak kawen. TIPU GILA okay kerana akulah manusia yang paling gataiiii nak kawen.  And people have been asking me "bila nak kawen?". Tapi each time i think of marriage i freaked out and these question appear.

1. Berapa bersediakah aku nak menghadapi alam perkahwinan?
Kawen ni bukannya main-main. Banyak persediaan yang aku kena buat. Dari segi mental, fizikal, rohani dan jasmani. Bersediakah aku nak jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri? Masak, kemas, beranak dan jaga anak and bapak dia sekali??? Huhu. Kadang-kadang aku berfikir sampai aku jadi takut nak kawen. 

2. Bolehkah aku jadi isteri, ibu, anak menantu yang disayangi dan dihormati?
Errr. Ni pon soalan yang menakutkan. Melihat kepada perwatakan dan perangai aku yang sekarang ni, yang tak senonoh dan kurang dewasa ni, rasanya macam TAKK. I'm not a good daughter so not sure what i'll end up as. Tak taulah aku mengajar anak aku jadi apa nanti. Dan cerita pasal ibu mertua ku pulak. Memanglah aku nak kawen ngan anak bukan mak dia tapi sedikit sebanyak i'm going to be involved with his family as well thus i have to be a kind-hearted and loving menantu. Barulah mak mertua sayang. #Matilaaa.

3. Bahagiakah perkahwinan aku nanti?
Cewah. Ni soalan paling menakutkan. Andai badai dan ribut melanda. Adakah aku cukup kuat untuk hadapi itu semua bersama si dia? Macam mana pulak andai perpisahan yang terjadi. Baikklah. Mengarut sampai kemana dah aku ni?

Jadi, sekarang ni aku lebih suka untuk tidak berfikir tentang kawen. Senang cite aku tak ready lagi lah. Walaupun aku rase umur aku sekarang ni dah sepatutnya kawen. Tapi apa pun, Allah tu Maha Mengetahui. Mungkin esok atau lusa giliran aku pulak and time tu aku dah siap sedia untuk bergelar seorang isteri. Cewaaah. Berangan la kau. GATALLL. Haha. Haih. Sudahlah. Post ni wujud kerana aku tak larat nak menjawab soalan "BIla nak kawen?". Mungkin aku patut letak stick-it-note kat dahi aku saying " I'll get married when i'm ready!"



p/s: sebelum kau gatal nak nikah sila lah cari calon dulu. takdak calon dengan sapa hang nak nikah?






Friday, November 11, 2011

~ I Am Sorry ! ~

Assalamualaikum!


Hai peeps! How's Friday? It's my 11.11.11 post. Hehehe. So ape yang best hari ni? Mesti kau semua ada story sendiri to mark your own 11.11.11. Tapi aku takde cerita yang best pon hari ni. Cume tadi kakak ofis bawak aku pegi d'limau nipis. Makan tengahari. Perghh. Terbaikkk! Makanan yang enak, sedap dan berpatutan. The best part is, hari ni kan Jumaat so ramai orang pergi solat. What caught my attention was guys wearing kain pelikat. Muahaha. Okay. Enough with the kain pelikat. Aku nak cakap pasal benda lain sebenarnya.


 Aku nak mengaku yang aku memang tak boleh simpan apa yang aku fikirkan. Maksudnya, kalau aku bengang memang jelas terpampang di muka aku. Ha. Jadi orang selalu salah faham dengan aku. Kalau aku tak suka memang jelas kelihatan, tapi tu tak bermaksud aku tak puas hati dengan orang tu. Lagi best, atas sebab yang sama orang tak suka ngan aku. Huhu. Padahal hati aku baik je. Bole plak mengaku gitu kan? Cume aku takleh nak sembunyi apa yang aku fikir je. Tu je. 


So friends out there, jangan la ingat bile aku buat muka tu aku marah or benci kau. Most of the time i'm just angry with myself and i cant hide it. Hee. TAPI, kalau nak tau aku marah, aku akan senyap dan tak cakap dengan kau. That simple means i'm annoyed with you and aku takleh blah sangat-sangat dah ngan kau. Jadi bile aku senyap tu paham-paham sendiri la ye. 


Orait, post ni dikarang ketika aku separuh emo dan separuh sedar. Eh? Anyway, aku tak suka marah orang. Jadi jangan salah faham. Okay. Tu je. Okbai!






p/s: saya tak garang. saya baik. tibeee.













Wednesday, November 9, 2011

~ GEDIK ! ~

Assalamualaikum!


*yawn*

weh. ngantukkk. hari ni aku tak moh buat ape-ape. jadi aku nak update blog. hee. 
okay, al kisah, mata aku belah kiri ni asik gerak-gerakk je.
sampai aku tak selesa nak buat ape-ape.
so i decided to look for some information regarding to this eye twitching thingy.
and so bile aku dah buat research yang lebih kurang, baru laaa aku tau kenapa mata kita bergerak-gerak and how do you cure it.
kalau ikut cakap orang-orang tua kalau mata kiri tergedik-gedik maksudnye ade berita baik.
kalau mata kanan ada berita buruk.
tapi tu kata orang tua yang mane kite tak tau kesahihannya.
so lebih kurang camni, there are few reasons why your eyes twitch.

1. stress.
yerp. bile kite terlampau stress, mata kite pon sama stress. maka dengan itu, aku kena cari lah punca stress. tapi aku pon tak tau ape yang stress sangat aku ni. camne??


2. keletihan
bila stress, kite akan kurang tidur so the simplest solution is to get enough rest and sleep. wahh. bestnyee. ZzZzZ.


3. eye strain.
bile kite terlalu force mata kite contohnye hadap komputer ataupun bagi mereka yang berkaca mata, haaa ni pon satu sebab jugak mata kite tergedik-gedik.


sebab-sebab lain adalah: 


alkohal dan kafein, allergy dan nutrisi yang tak seimbang. tapi aku rasa antara yang main adalah stress and keletihan. 
haa. ni maknenye aku kena lah masuk tido dulu. hehe.
so, okey geng. tu je nak cerita. masuk tido dulu. 
gudnite!!!






P/s: orang tua-tua ckp kalau mata kiri tergedik-gedik, maksudnya ade orang jauh nak datang. Wahhh. Siapakah gerangannn? 


Monday, November 7, 2011

~ Be My Baby ! ~

Assalamualaikum!


Phewwwit! Geng-geng Wonderfuls seantero dunia mesti dah tau. Tapi aku nak post jugak pasal ni. Dan akhirnya Wonder Girls sudah keluar lagu baru. Tajuk dia 'Be My Baby'. Err. Okayyla. Tapi dissapointed sikit. Tak sehebat dalam teaser pon. Anyhow, aku still suka lagu dia. Terkinja-kinja as always. Hehe. So jom tengok mv be my bayi. :)




Okaylaa. Okay je. Okayyy. So tu je. 


p/s: dan akhirnya mereka juga menjual kaki macam SNSD    -_-"




Tuesday, November 1, 2011

~ Bayi ?! ~

Assalamualaikum!


Buat apekah geng-geng buncit sekalian? Pergh! Hujan-hujan begini, berat betul mata aku nak update blog. Besarnya dugaan ni. Aku harungi jugak. So malam ni aku nak share satu story mory kat korang. Tadi aku melawat baby baru encik boss aku kat umah dia. Pergi beramai-ramai dengan budak2 ofis yang lain. Memang ramai la. Nasib tak roboh umah dia.

So anyway, besela baby baru lahir kan. Dah name pon baby, mestila comel kan. So semua orang berebut-rebut nak pegang baby tu. Jadi kat situ adelah beberapa orang wanita termasuklah aku. Bila masing-masing pegang baby tu, wanita-wanita ni semua nak tunjuk naluri dan sifat-sifat penyayang seorang ibu yang beranak sepuluh. Okay, aku faham kau suka bayi tapi aku tak paham kenapa kau rasa kau tau semua sedangkan kau tak lalui lagi proses menghasilkan dan melahirkan bayi?

Aku selalu dengar orang laki cakap macam ni : " Orang perempuan kalau dukung budak nampak sangat sweet..." or " lelaki suka perempuan yang suka budak..." dan sebagainya. Tapi aku pulak nak cakap, orang perempuan meluat dan menyampah bila tengok perempuan lain cuba-cuba tunjuk hebat dan serba tahu bagaimana nak jaga bayi. Bagi aku, dah nama pon perempuan, kalau tak reti dukung bayi kau pegi dukung sayur je lah. 

Encik boss aku tu memang tak penah ada baby so ini first time la dia jadi ayahanda, tapi wanita-wanita yang tak kawen lagi tu pulakkk bukan main sibuk nak ngajar encik boss aku cara-cara jaga budak. Oh and i forgot to mention, mak mertua encik boss ade je kat rumah tu. Orang-orang tua kan lagi banyak pengalaman jaga bayi, so agak-agak wanita-wanita tu bole tak beat pengalaman mak mertua encik boss tu? 

Serius aku pun tak tau nape aku annoyed sangat. Sebab aku tak dapat pegang baby tu kot. Yelaa sumenye sibuk nak gendong. So aku batalkanla niat nak gendong babynye. Haih. Tapi takpelaa. Esok kalau anak ko sendiri, jangan ko tak reti nak jaga pulak. Okay, update ini sekadar meluah perasaan. Okay. Ngantuk. Nak tido. 


p/s : sila abaikan kemerepekan ini. saya sayang bayi! :)







Sunday, October 30, 2011

~ Tak Suka Tak Apa ! ~

Assalamualaikum!


Hai hai hai peeps. What are you guys up to? Aku mengantuk. Okay. Takyah nak mukadimah panjang sangat. Ini entri pendek sakit hati nama dia. Jadi, mari kite bersembang.  Serius aku tengah sakit hati. Kenapa time bosan kau cari aku? 


Pastu dah bosan ko tinggal aku terkontang-kanting. Weh. Serius aku tak suke. Kalau aku tak suke. Aku tak buat kat orang. So ko pun jangan buat macam tu kat aku boleh? Kalau rasa tak nak borak / sembang ngan aku, tak payah sembang pon aku tak heran. 


Tak berkira beb, tapi aku tak paham. So bile aku tak paham aku sakit ati. Then bila aku sakit hati aku tak suke. So tolong laaa paham. 


Time kasih.




p/s: kawan ke macam tu? kau datang and blah sesuka hati kau? 








Thursday, October 27, 2011

~ EMOSI ! ~

Assalamualaikum!


Selamat malam bebeh-bebeh ku. Bagaimana hari anda hari ini? Hari aku hari ni bengong dan kurang fokus. Ape masalah aku, aku pun tak tau. Seharian aku bermain komputer sehingga mata aku berdekit-dekit dan tergedik-gedik dan untuk menyedapkan hati aku fikir ade yang merindui aku. *matilaaaaa* . Keje? Err. Tak ingat pon keje ape aku buat hari ni. LALALALA. Tu nama dia makan #gajibuta. Jangan amalkan di ofis ye kengkawan.

Anyway, malam ni aku nak story telling sikit. Cewah. Dulu kecik-kecik tak berpeluang nak masuk. Apa yang aku nak sampaikan ni berdasarkan pemerhatian aku sebagai manusia biasa. So aku sound awal-awal okay, kalau tak setuju ko bole tekan pangkah sekarang jugak. So, jom mula!

Dalam dunia ni kite hidup bukan sendirian. Kita akan jumpa macam-macam spesis manusia yang berlainan rupa bentuk, watak dan personaliti dan juga perangai. So sepanjang 24 tahun aku bernafas kat atas bumi ni, dah macam-macam spesis orang aku jumpe. Yang baik, yang buruk. Kadang orang tu boleh sekepala ngan kite. Kadang orang tu tak sebulu ngan kite. Bagi aku, if i cant get along well with people, i'll just ignore them and pretend as if those retards never exist. Tapi lain orang lain pendapat kan?

So back to the main point, aku rasa even if you don't like someone and no matter how much you hate him or her, you should neverrrrr, like seriously NEVER make someone feel so small. Tak kisahla by insulting ke, making fun of them ke, in anyways pon, i think it's not fair and tak hebat mana pon ko nak buat orang lain camtu. Try to put yourself in that person shoes, mestila kau pun tak nak orang hina kau kan? Dah tuu??

So bile benda-benda macam ni jadi mula la aku rasa hilang respect pada orang yang mengkecik-kecikkan orang lain. Mungkin nak bergurau tapi bia kena tempat la brader and sister. Pesal aku plak yang emo? Ah sudah-sudah. Tak payah layan. Hanya sekadar luahan. Lesson of the day, kau takkan gah pon dengan mengkecikkan orang lain. Ingatlah, Allah tu Maha Agung dan Maha Adil. Tak payah nak jadi tuhan sangat laaaa. Okbai. Aku tak tau dah nak merepek ape. :))

Jadi, sudah masa aku mengundurkan diri. Terima kasih untuk masa yang terluang. Sayang la ko! Tadaa. Babaiii.



p/s: prinsip aku, hidup biar sederhana. kalau orang nak kutuk gak, ADE AKU KESAH??









Wednesday, October 26, 2011

~ Congratulations ! ~

Assalamualaikum!


*nguap*

Urghh. Ngantuk amat nih. Tapi aku menggagahkan diri untuk menambah cerita dalam blog persendirian aku ni. Baru aku perasan bulan ni takde satu post pon. Ini menampakkan kemalasan aku. Hehe. 


--------> Gambar ketupat pon tak buang lagi.


Okay, first sekali. thank you dear readers for dropping by. Secondly, i would like to congratulate all graduands of IIUM for the 27th Convocation Ceremony. (macam dah lambat jee tapi ade aku kesah?) Yippie! Tak sangka, after four years of studying, we finally and officially graduated from IIUM. 

Setelah penat mentelaah dan belajar campur fail paper dan repeat dan extend ape sume, maka complete sudah pembelajaran aku kat UIA. Macam tak percaya pon ade. Masa nak amik scroll macam-macam perasaan ada. Takut, seronok, bangga, cuak. Semuanya bercampur aduk. But the best part was to meet all my friends again after we've been parted for like Allah knows how long. Jumpe je jerit. Jumpe je pekik. Sampai jubah carik-carik.


Bile aku jumpe balik kawan-kawan aku, semuanya dah berubah. Makin gojes. Makin lawa. Makin hensem. Yang besar, yang kecik and yang dah kawen pon ade. *gatal jap*. Tapi aku maintain laaa. Comot dan selekeh as always. Buncit tak dilupakan. But who cares kan? It was my day so i deserve to enjoy it. 


Okay, enough with the babbling and talking and all. Jom layan pix aku konvo. Kalau taknak sila tekan pangkah. :P







suasana konvokesyen kat UIA. :)





ye. aku jalan sepantas penyamun. tengok kasut aku. heels okay. kau mampu?







tudiaaa. abah dan emak. *nangis jap*





best buddies. geng merepek2.





superb trios. ni paling merepek. 





smileyysss. :D





aku suke gambar ni. hehe. walaupun ada gambar org lain yang menyibuk kt situ.



habes konvo, marilah kite berjimba ye kawan2. xD


Tu je pon gambar yang sempat aku amik. The rest will be left untouched sebab aku malas nak edit. Boleh? Akhir kata dari aku, bangga menjadi graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. *tibe2 rasa nak nyanyi lagu uiam*


p/s: rasa nak sambung blaja pon ade. huhu.



























Friday, September 16, 2011

~ Stop Complaining ! Be Thankful ! ~

Assalamualaikum!


Salam hari Malaysia dan Salam 1 Malaysia. Ehceh. Feel sikit hari ni. Firstly, i would like to wish everyone happy Malaysia day! Sila berbangga dengan tempat tumpahnya darah kita ini, negara Malaysia yang aman dan makmur lagi maju. Okay. Semangat jap. Hehe. 

Dihari-hari cuti ni aku amik la kesempatan sejam dua nak menaip. Ceritanya pasal mengomel. Baru-baru ni syarikat tempat aku bekerja tu dapat baju uniform. Standard la. Baju ala-ala corporate gitu kan. Kaler-kaler dia agak meriah mengikut kesesuaian department la. Bila sorang-sorang dah dapat baju tu, kami pun ape lagi. Testing 1,2,3 la. Bila dah testing, macam-macam la pulak komen yang budak-budak ni bagi *termasuk laaa aku, aku pun kritik sekali. hehe*. Besar laaa. Buruk laaa. Warna macam ntah apa-apa laaa. Labuh laaa. Macam Alam Flora laaa.  Macam cleaner laaa. Macam-macam laa.

Bila aku balik umah aku komplen pulak kat mak aku. Baju ni macam ni..macam tu..tak suka..bla..bla..bla. 
Mak aku jawab, " Tak baik merungut. Pakai je la. Kat situ la nana cari rezeki."

Lepas tu aku terdiam dan terfikir. Betul gak. Memang la kalau boleh kite nak semuanya tersarung cantik kat badan kite. Orang tengok pun terlanggar tiang. Tapi, dari kite komplen lagi baik bersyukur. Ada gak baju uniform. Nak cantik sangat pun, takde benda yang kekal cantik kat dunia ni. Tu semua duniawi semata. Yang cantik tu perangai dan akhlak kite. Kan? kan? Baju cantik perangai tak senonoh tak guna gak kan.

Tapi bila aku dah sarung baju tu, okay je. Orang puji aku lagi ade la. Hehe. Riak disitu. Jadi terpaksa aku tarik balik kata-kata aku. I put on the uniform the very next day and went to the office. With pride. Haha. Biarpun akak cleaner tu cakap macam bendera Indonesia *because mine is red and white*, aku tak peduli. :)

So kesimpulannya, let's stop complaining and be thankful. hehe. Ingatan untuk diri aku sendiri. 





chow dulu. Assalamualaikum! peassss!



p/s: technical. haha. kau mampu??



Saturday, September 10, 2011

~ Langsi La Lu ! ~

Assalamualaikum!


Selamat malam! Siapa lagi yang tak tidur ni? Aku dah tido tadi tapi aku terjaga dan sekarang aku lapar tapi malas nak makan. *kunyah laptop* Anyway, i'm always feeling annoyed with some people lately. Bukan lah aku nak memaki beliau-beliau disini cuma perangai dia yang annoying itu menyebabkan aku mahu meluah perasaan kat sini. 

So i have a question, how can a person be so uncivilized? By uncivilized i mean impolite and bad mannered. Hari ni dua kejadian yang membuatkan aku berfikir sejenak. Manusia yang berpendidikan tinggi, berstatus tinggi, bergaji tinggi dan segala segi pun tinggi ni memang langsi ke? I am not overgeneralizing this group of people, yela banyak je orang yang berhormat yang memang elok perangai dia. Kadang-kadang segelintir je. Tapi yang segelintir ni la yang mengganggu hidup masyarakat setempat.

Tak paham aku. Susah sangat ke nak hormat orang? Aku cakap pasal ORANG ye. MANUSIA. Bukan HAIWAN. Eh! Haiwan pun aku hormat tau. Apetah lagi MANUSIA. Jadi kalau orang lain kurang ajar ngan aku, aku rasa macam dia tak layak digelar manusia je. Zaman mana kau hidup? Takde tamadun sungguh. Nak kate tak pandai belajar tinggi. Kalau ye pun dah memang perangai kau tak hormat orang, kau tak rase nak ubah ke? Bukan lama pun hidup ni. Kalau kite saling hormat-menghormati kan dapat pahala jugak. Allah pun sayang.

Tapi itulah yang membezakan manusia. Pangkat dan darjat. Cuba buang dalam longkang benda tu. Kerana kita semua sama dimata Allah. Yang membezakan kite sebenarnya iman dan takwa kita. So, takyahla langsi sangat. Aku pun tak nak la cakap lebih sangat. Kate kat orang tibe-tibe aku pun sama langsi macam orang-orang ni. Jadi pengajarannya kat sini, hormat lah orang sekiranya anda mahu dihormati. Langsilah sekiranya anda mahu dilangsi. Penat dah meluah. Lega rasanya. 

Maka dengan ini, hamba mahu menyusun sepuluh jari dan memohon maaf pada semua. Selamat malam dan Assalamualaikum! Peace!




p/s: abaikan kemerepekan aku. 




Tuesday, September 6, 2011

~ Kenapa Aku Single ?! ~

Assalamualaikum!


Selamat malam kawan-kawan alam mayaku! Terima kasih kerana sudi menyinggah kat blog aku yang tak seberapa ini. Terharu aku. *lap airmata*. Anyway, hari ni aku nak cite pasal topik yang aku jarang-jarang la nak cite kat orang. Hehe. *blushing*. Ececeh. Okay, topiknya adalah antara sebab kenapa aku masih single. Haaaa.


Dikiri kanan aku banyak betul couple-couple yang sedang bahagia. So, tipulah kalau aku cakap aku tak jeleskan? Hehe. Dalam jiwa aku ni memberontak nak mengorat lelaki tapi tiap kali aku nak usha jantan je ada few things that stopped me from doing so. Then i end up being single. Haha. Loser gile kan.

First: Aku single sebab aku aku tak laku.
Haha. Ye, penat aku menjual minyak tapi tak penah satu pun menjadi. Nak cakap aku gatal, silakan. Takde masalah. Aku mengaku. Lalala. Tapi maybe aku fail sikit when it comes to the art of seduction kot. Okay agak lucah disitu. Keke. 

Second: Aku single sebab aku tak reti bercinta.
Mesti ada yang kate aku poyo kan. Tapi biarlah. Aku tak reti la kalau dah bercinta, mesti nak kena jumpa selalu sedangkan aku lah makhluk tuhan yang paling malas nak jumpa orang. Pastu 24 hours aku nak kena update kat si dia aku kat mana, aku buat ape, aku dah makan belum, dah pegi jamban ke belum sedangkan aku malas gila nak text or call orang. Then, aku mesti kena pujuk dia kalau dia marah or merajuk sedangkan aku orang yang tak reti nak pujuk orang. Kalau tak pujuk kang gaduh pulakk. Tak ke susah??

Third: Aku single sebab aku tak berani hadapi pergaduhan, perpisahan dan yang sewaktu dengannya.
Aku tak pernah lagi gaduh time bercinta, jadi aku takut kalau aku gaduh dan akhirnya berpisah, merana dan sengsara. So biar je la. Tak yah cinta-cinta. Kalau putus tengah jalan aku tak cukup gagah nak hadap sorang-sorang. Aku manusia yang lemah. Tibaah.

Fourth: Aku single sebab aku bukan calon isteri dan menantu pilihan.
Lalala. I guess there are still many aspects that i need to change about myself. Perangai kasi senonoh sikit. Hidup kasi stabil sikit. Pastu barulah bole jadi isteri dan menantu pilihan.

Fifth: Aku single sebab aku memilih calon.
Homai! Mana aku nak cari calon yang selain daripada beriman dan baik hati, tak merokok apa sume, aku nak laki yang boleh cakap bahasa korea dan suka berkain pelikat. Kat mane ade??

Sixth dan yang seterusnya...aku takleh fikir. Haha. Tu je kot. Jadi, begitulah kesudahannya. Beginilah aku. I'm single, i'm okay! Haha. Sudah-sudah. Sekadar bercerita. Okay. Gudnite!



p/s: cerita diatas adalah rekaan semata-mata. tidak ada kena-ngena ngan sape2 samada yg hidup atau yg mati. :)

   


Saturday, August 27, 2011

~ Salam Dari Perantauan ! ~

Assalamualaikum!


Salam Ramadhan yang ke 27 untuk semua yang membaca. Haaa. Masing-masing mesti dalam mood nak beraya ye tak. Al maklum lagi 3 hari lagi kita dah nak raya. Hari ni mungkin dah ada yang balik kampung sebab cuti pun dah start. Aku pulak mood tak sampai lagi. Yela, orang lain sume dah start cuti tapi aku hari Isnin nanti masuk keje lagi. Jadi lambat sikit la aku rasa nak raya tuh. Semalam pon geng-geng kat ofis sume dah ucap selamat tinggal dan selamat hari raya kat aku. Huhu. Sedih pulak aku. Tapi takpe. Nanti aku pun beraya jugak.

Okay, bersempena hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang ni, aku nak sampaikan ucapan Selamat Hari Raya untuk semua yang membaca, terbaca secara sengaja atau tidak sengaja. Selamat hari ketupat dan rendang. Selamat hari wajik dan dodol. Semoga anda semua berbahagia disamping keluarga serta insan-insan tersayang dihari lebaran nanti. Untuk yang memandu, berhati-hati dijalan raya. Untuk yang teman pemandu jangan pulak kau tido je (mengata diri sendiri). 

Aku jugak nak mintak maaf sekiranya selama ni aku telah menyinggung perasaan dan hati orang-orang yang singgah kat blog aku ni, geng-geng buncit aku, kawan-kawan, teman-teman, boifren-boifren lama dan jugak yang baru, musuh-musuh ketat, all my partners in crime dan siapa-siapa je lah. Maaf secara digital dan virtual la aku tujukan kat sape-sape yang terasa dengan aku kerna aku manusia yang tak bisa lari dari melakukan kesilapan. Hehe. 

Akhir kata, Selamat Hari Raya dan maaf zahir dan batin. Peace!




kad raya digital limited edition khas dari aku (digital ke???). kekekeke. So mintak diri dulu ya. Happy Eid Mubarak kawan-kawan. Assalamualaikum!







p/s: orang buat kad raya digital, aku nak buat jugak. haha. pedulik la tak lawa pon. asalkan aku adeeee.