meebo

:: Geng-geng Aku Buncit ::

Wednesday, March 30, 2011

~Tranformasi kepayahan landa bahasa Melayu by Dasury Rais Yatim~

Assalamualaikum!


Oohooooooohoii!! Selamat malam semua. Jam baru menunjukkan pukul 10.00 malam. Kawan-kawan sudah menjamu selera atau belum? Jangan lewat sangat makan. Kelak sakit perut. Haaaaa..ni apahal ni tulis ayat tersusun rapi ini? Sebenarnya aku nak cuba gunakan ayat formal dalam blog aku ini. Aku nak tahu apa kesannya dan apa rupanya bila aku menulis secara formal. Erk? Kenapa tiba-tiba?

Sebenarnya entri ini untuk menyambut seruan Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim berkenaan penulisan beliau tentang kepayahan yang dialami bahasa Melayu. Boleh baca di laman ini Dasury Rais Yatim

Aku pasti mesti ada antara kamu yang dah baca benda ni.  Isu ni pun bukannya baru lagi. Tapi itu tak bermakna aku baru sedar tentang isu ini. Itu namanya melampau.  Cuma aku rasa, ada wajarnya kalau isu ini dibangkitkan secara terus-menerus supaya generasi-generasi yang akan datang lebih peka dan sensitif tentang penggunaan bahasa Melayu zaman sekarang ini dan memandangkan tahap penggunaan bahasa Melayu aku pun boleh dikategorikan sebagai "sampah" jadi ada perlunya aku mula menggunakan bahasa ibunda aku ini dengan lebih molek.


Pada yang belum baca, tak rugi kalau baca. Boleh sama-sama kita perbaiki penggunaan bahasa Melayu kebanggaan kita ini.  Mari kita cuba sampaikan mesej kita dengan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.  Mungkin susah nak aplikasikan secara menyeluruh dan tiba-tiba, jadi apa kata kita mulakan sedikit demi sedikit?


Baiklah. Sampai di sini sahaja penulisan saya pada kali ini. Sehingga berjumpa lagi.
Assalamualaikum.






p/s: Bagi aku, it's either you use full English sentence or full Malay sentence. Rojak-rojak tak digalakkan. Bagi aku laaaa.






No comments: