Saturday, April 30, 2011

~ BIRTHDATE BLOGLIST BY MAHIRAHNAZLIM ! ~

Assalamualaikum!

Jemput-jemput masuk. Tadi lalu-lalang terlihat entri dari cik MahirahNazlim tentang ini:




Tarikh lahir: 1 July 1987
Tempat Lahir: Kuala Lumpur.


Tadaaa. Tu je. Minta diri dulu. 


p/s: best! best! cik Mahirah!!! nak choki2.hehe.



~ Yesterday ! ~

Assalamualaikum!


Selamat hari Sabtu! Okay hari untuk aku berehat santai (hari-hari pon aku rehat sebenarnya.lol). Tadi aku dok sembang dengan mak aku. You know how much girls (consider my mum as a girl la eh) can talk all day long about so many things and we talked a lot about things in the past. About the good old days. The hardships and also the sweet memories. 

Bila bukak balik cerita-cerita dulu-dulu, baru aku perasan how fast the time moves and how i miss the old days. Aku penah dengar kata-kata yang bunyi lebih-lebih kurang macam ni "tempat paling jauh ialah semalam". Memang mustahil untuk kita pergi balik ke zaman silam. 

Tapi, itulah hidupkan? Sampai masa kita pun akan pergi.Pergi dan pergi jauh. Huuu. Okeylah. Ape ntah aku merepek. Rindu masa lampau tapi perlu melangkah kedepan. Mintak diri. Assalamualaikum!



p/s: life's short.make it sweet and sour and bitter. =)





~Selamat Hari Buruh ! ~

Assalamualaikum!




Selamat tengah malam! Aku tau mesti ada lagi yang tak tido lagi. Okay, aku sekadar mahu ucap Selamat hari pekerja untuk semua warganegara Malaysia yang berkerja ye. Terima Kasih atas segala penat lelah anda sehingga aku rakyat Malaysia yang masih menganggur ni pon dapat merasa cuti panjang. Hehe. Jadi cuti yang panjang ni mari sama-sama kita manfaatkan. Untuk aku ada bagusnya cuti-cuti ni aku cari kerja. lalala. Haha. 

Okay. Bak kata Nabil, tingkatkan prestasi kurang konstroversi. Akhir kata, selamat bercuti dan Assalamualaikum!


p/s: aku kerja gak kat umah.kira buruh gak ar kan???





Thursday, April 28, 2011

~Malaysia sudah ada KPop?! ~

Assalamualaikum!


Selamat malam semua! Ades! Sakit dada. Apehal ni? Hah? Malaysia dah ada group Kpop? Okey mungkin sudah tertinggal bas aku ni. Siapa pernah dengar group Kpop Malaysia 24:7? Aku baru je tau pasal mereka ni. Tu pun melalui kawan aku. Okay, jom tengok siapakah mereka?


ALLOI- VIRGO- A AR -FIFIE- JAQ- KIM- OB- IYM- TAEMIN

sumber: fanpage 24:7

Sebenarnya aku tengah cari lagi info pasal mereka ni. Ade sape-sape tau? Tolonglah bagitau kat aku. Oh and sambil-sambil tu aku terjumpa jugak Malaysia first Kpop girl group. Erk? Tengok ni.



Yang ini pulak disamakan dengan Wonder Girls? *telinga keluar api-api* Baca la korang kat siniHurm. Apa yang sedang berlaku ni? Sebagai peminat Kpop aku agak tersedak jap sebab ape perlunya title 'Kpop' tuh? Kalau kau semua orang Malaysia? Bukan aku nak judge tapi sorry i really CANT accept this. Bukan taknak support tapi kenapa Kpop????? Tak taula fans Kpop yang lain macam mana. Haih! Geram! Geram! Takpe. Kita tengok sejauh mana mereka ni boleh meraih perhatian rakyat Malaysia. Boleh jadi jugak mereka ni bagus. Tapi tu masih tak bole merubah pendirian aku sebagai peminat Kpop! 

Dan korea sudah ada 24/7 sebenarnya. Chekidaut here. Okay. Malas cakap banyak. Mintak diri dulu. Bye!


p/s: perlu ke Kpop??????






Wednesday, April 27, 2011

~ Mana Ikhlas Kau? ~

Assalamualaikum!









Can someone make me smile? I cant remember when was the last time i smiled. I mean a REAL smile. Things have been really....i don't know...bored? and i have become a heartless (bajetla kau) person. All the things i do, i do it half-heartedly. Tak baik kan? Orang kata tak baik buat benda tak ikhlas kan? Kejam la kiranye tu. Tapi nak buat macam mana? Dah aku tak ikhlas. Camne nak bagi ikhlas ni??? Ni bukannye takaful ikhlas.




Bolehkah ikhlas tu dibuat-buat? Bolehkah ikhlas tu dibeli kat pasar?? Atau ikhlas itu datang sendiri?? Aku pun tertanya-tanya jugak. Sebenarnya ikhlas itu lahir bila kita buat sesuatu itu niat kita ditujukan hanya untuk Allah S.W.T. Nah, berapa ramai yang bila melakukan sesuatu niatnya terletak hanya kerana Allah S.W.T? Aku tau aku salah seorang tapi kau yang kat luar sana pon mesti ade jugak yang macam aku kan? (tibe -tibe nak cari gang plak.)




Mudah sebenarnya nak capai keikhlasan tu tapi aku ni je ha yang selalu lupa nikmat-nikmat dan karunia yang telah Dia berikan. Mana ntah pegi sifat bersyukur aku. Jadi, mulai saat ini, aku nak pasang niat, ape benda je yang aku buat, niatnya hanya kerana Allah S.W.T. Mungkin dari situ baru aku boleh capai keikhlasan tahap maksima dan aku bole tersenyum seperti sedia kala. Lalala. 


Okey, entri merepek ni menjadi panjang lebar pulak dek kerana ketidakmampuan untuk aku tersenyum hari ini. Okaylah. Berundur dulu. Assalamualaikum!






p/s: bak kata Nabil, "tingkatkan prestasi, kurangkan konstroversi!". Haha. Ape kaitan aku pun tak tau!




~Break A Leg Peeps ! ~

Assalamualaikum!


sumber: google

Bila larut malam. Tarakuchacha. Hai selamat malam. Post ni saya tujukan khas buat adik-adikku yang bakal berjuang untuk menjayakan teater "Cintaku Milik Siapa" di MMU, Melaka hari Khamis ni bersamaan 28hb April 2011.

Okay saya nak ucapkan selamat maju jaya! Sila gegarkan MMU 18.6458 pada skala richter! Walaupun Dil dan Jue takde, doa kami mengiringi anda semua. Jadi buat yang terbaik. It's time for you to riseee and shineeee through your own effort. Show them what you have. Kau bagus kot. Kalau tak bagus takde la dorang panggil kan?kan? haha. 

Jadi dengan ini dil dan saya mendoakan semoga kau selamat pergi dan selamat pulang. Selamat beraksi dan beramal. Jangan sedih-sedih ya, (kau sedih kan?kan? sila cakap ya kalau tak aku jentik bulu hidungpanjang umur kita jumpa lagi. Panjang umur kita kerja sama-sama lagi. Dah lap hingus kau yang meleleh tu.

Okay! Tu je kot. Harap korang sempat la baca entri ni sebelum korang perform. Akhir kata. Rindu and sayang korang very strong! Break a leg peeps! Good luck! Amiiiin!


p/s: :(





Tuesday, April 26, 2011

~ Aku Jeles?! Errr. ~

Assalamualaikum!


Selamat petang kawan-kawan. Kau dah makan belum? Kalau belum tahan jap. Baca dulu entri aku ni. Heee. Hari ni entri aku nak maki orang. Haa. Kan aku ada cakap before ni aku kurang gemar sikit blog yang ade tayang muka boifren/girlfren ni kan. Lihat ade orang cakap apa.


Errrr. Hahaha. Meh aku gelak sekali. Woi jangan suka tuduh-tuduh orang weh. Tak baik. Terang lagi bersuluhkan lampu kalimantang lagi aku cakap aku tak jeles. Aku berbulu, meluat dan menyampah. Tapi takpe la. Dah kau rasa aku jeles eh? So be it la.

To MR/MS X, aku bukan nak lelaki yang bernama pakwe. Aku nak lelaki yang bernama suami. Sebab tu aku takde boifren/pakwe/marka atau yang sewaktu dengannya. Aku tak tuduh lebih-lebih eh. Aku cuma sampaikan apa yang aku fikirkan. Sekian terima kasih.



p/s: lepas ni sape pulak yang nak maki aku balik?




Monday, April 25, 2011

~Aku Tak Nak Follow Blog Kau ! Sebab...~

Assalamualaikum!


Selamat malam kanda-kanda dan dinda-dinda yang jauh di mata dekat di laptop aku nih! Apa khabar kau? Molek belaka ye? Bagus lah. Hari ni aku nak cite pasal kenapa aku taknak follow blog orang.

 Aku takde masalah kalau blog kau ni cacamerba sebab blog aku pun apa kurangnya dia punye bersepah. Tengok tuan lah. Tapi besenya kalau blog dia bersepah tapi inti dia sedap aku tekan je butang follow. 

Aku takde masalah kalau blog kau berat sebab besenya aku tinggalkan blog kau pastu aku bukak blog orang lain. 2 jam kemudian aku tengok balik. Tipula sampai 2 jam. Agak-agak dah dapat tengok aku baca sikit lebih kurang pastu aku cari butang follow aku tekan lagi.

Aku jugak takde masalah kalau nak blogwalking,blogreading dan blogfollowing (ade ke term-term ni sume?aku men tibai je) kalau blog tu ada autoplay music. Laptop aku ni memang bisu tiap kali aku blogging. Heee. Aku dah baca terus aku tekan follow.

TAPI serius aku ada masalah kalau blog kau yang ada gambar-gambar boifren/girlfren kau sampai aku pon konfius yang mane satu tuan blog.  Post pon pasal kau punye cupcake yadiyaydiyay. Yang ni memang aku terus tekan tanda X sebab aku meluat, menyampah dan berbulu-bulu. (sumpah bukan aku jeles ye.). Haha. That's the ONLY reason why i don't click the follow button. There's no way i would read up about your love story and whasoever. Tapi kalau aku penah tu anggap je la itu time aku bole bersabar dengan spesies blog macam ni. Mungkin dimasa depan, takde dah kot. Haha.

Okay, different people have different views. Suka hati aku la nak follow blog sape. Tibe-tibe emo. Okaylah. Malas cakap banyak. Jalan dulu. Bye-bye!




p/s: tak rugi pon aku tak follow blog kau sebab followers ko dah cukup ramai. ~lalala~



Sunday, April 24, 2011

~ Sial ! ~

Assalamualaikum!


Uhuk! Uhuk! Ouh! Sakit dada saya terhidu asap rokok yang secara TIDAK SUKARELAnya saya hidu. Ye aku ade masalah dengan perokok. Sial lah senang cite. 

~ Jom Jiwang ! ~

Assalamualaikum!




sumber: Google
Phewwwit! Wey jom jiwang! Ni amenda ajak berjiwang-jiwang nih?! Agagaga!! Okey, post ni khas untuk orang-orang Melaka. Entri nak promote jap. Hehe. Pada yang dah tau, kau duduk senyap-senyap. Pada yang tak tau marilah chekidaut! 





*klik gambar untuk tumbuh-tumbuhan.*


Okay. Alhamdulillah, teater "Cintaku Milik Siapa" akan dipersembahkan sekali lagi dan kali ni kat MMU, Melaka sempena Minggu Hati ke Hati Jom Jiwang. Jadi orang yang jiwang, digalakkan datang. Yang tak jiwang pun bole datang. Siapa yang nak jumpa IM Asyraf jom kite sama-sama jiwang dekat MMU, Melaka 26-28hb April 2011. Jangan lupa saksikan persembahan teater yang dibawakan khas dari kumpulan teater UIA. Promote!!Promote!!

Okay. Tu je. Lidah sakit. Takleh cakap banyak-banyak. Erk? Okbai!



p/s: mode:eksaited!










Saturday, April 23, 2011

~ Si Gila ! ~

Assalamualaikum!


Selamat hari minggu. Hari ni hari Sabtu apa aktiviti kau? Aku? Dok umah la. Boring! Yeah know that already! Anyway, kat PWTC sekarang tengah ada pesta buku kan? Pada yang takde aktiviti tu bole lah kesana. Aku tengok je la pesta buku tu dari umah. Huhu.

Hari ini aku tiba-tiba rindu si gemuk merangkap si gila ini. My partner in crime. The best i ever had. Sorry kak aku bubuh gambaq ang tapi tak habaq kat ang pasai aku sayang kat ang. Haha. Aku tibe-tibe teringat aktivit haram yang kita selalu buat. Ponteng kelas pi cafe la. Usha sapa yang tak flush jamban la. Usha orang fashion victim la. Paling best aku rasa amik gambar perasan. Haaa. Ni aku buh khas sebijik untuk ang.




*kak, orang tak kenai ang.Jangan risau nooo.


Weh, ang la ni busy. Dah tak ingat aku. Tapi takpe. Aku tau ang sedang membina kerjaya menjadi pendidik yang mahu mendidik anak bangsa. Takpe. Nanti kita dating sama no kak. Huhu. Okay kak. Jumpa lagi. Bye!!



p/s: wanted.nampak mereka berdua ni kat mana-mana  berjaga-jaga lah.haha






Friday, April 22, 2011

~ Because I Don't Know How to Love ~

Assalamualaikum!


Hello again! Untuk post ni saya mahu menyanyikan satu lagu. Erk? Bukan-bukan. I'm not good with words so that's why i decided to put this song. This is exactly how i feel inside. Enjoy! Okay! Bye!



------------------

Saranghanun Bobul Mollaso - F.T Island

(Because I Don't Know How to Love)

Hangul


사랑하는 그대가 나를 떠나가네요
한 마디 변명도 난 못했는데
사랑하는 그대가 행복하고 싶데요
한 마디 애원조차 못했네요
언젠가 슬픈 표정의 그댈
바쁘단 핑계로 외면했던
한심한 바보였으니까..

그땐 몰랐죠 사랑하는 법을 몰라서
따뜻하게 안아줄줄 몰라서
여린 가슴 가슴이 무너져 내리는걸 모르고
무심히 발걸음을 돌렸죠
그땐 몰랐죠 사랑하는 법을 몰라서
그댈 혼자 남겨뒀네요
미안하단 말조차 어색하게 보여
그저 모른척 지나쳤나봐요

♬~

다른 누굴 만나도 나 보단 더 낫겠죠
그래서 그대를 난 보내네요
다른 누굴 만나도 그대만은 못하죠
그래서 그대를 난 못 지워요
미안한 마음만 남았네요
잘가란 말밖에 못하네요
가슴은 울고 있는데..

그땐 몰랐죠 사랑하는 법을 몰라서
따뜻하게 안아줄줄 몰라서
여린 가슴가슴이 무너져 내리는걸 모르고
무심히 발걸음을 돌렸죠
그땐 몰랐죠 사랑하는법을 몰라서
그댈 혼자 남겨뒀네요
미안하단 말조차 어색하게 보여
그저 모른척 지나쳤나봐요

이젠 알지만 사랑하는 법을 알지만
사랑을 줄 그 사람이 없네요
눈물만 준 사랑은 모두 잊고 부디 행복하길
매일 난 울며 기도만 하네요
다음 세상에 내 어린사랑이 아니길
정말 사랑이란걸 할때 그때 다시 만나면
내 품에 안겨요..행복한꿈만 그릴수 있도록
지금은 그댈 떠나보내지만...

Romaji

Romaji



Saranghanun gudega narul ttonaganeyo
hanmadi byonmongdo nan mothennunde
saranghanun gudega hengboghago shiphdeyo
hanmadi ewonjocha mothenneyo
onjenga sulphun pyojonge gude
bappudan pinggyero wemyonhetdon
hanshimhan baboyossunikka

Gutten mollatjyo saranghanunbobul mollaso
tatuthage anajuljul mollaso
yoringasumgasumi munojyonerinungol morugo
mushimhi balgorumul dollyojyo
gutten mollatjyo saranghanunbobul mollaso
gude honja namgyodwonneyo mianhadan maljocha
oseghage boyo gujo morunchog jinachyonnabwayo

Darun nugulmannado nabodado nadgetjyo
gureso guderul nan boneneyo
darun nugulmannado gudemanul mothajyo
gureso guderul nan mothjiwoyo
mianhadanun marun manhneyo
jalgaranmal bangabge mothaneyo
gasumun ulgo innunde

Gutten mollatjyo saranghanunbobul mollaso
tatuthage anajuljul mollaso
yoringasumgasumi munojyonerinungol morugo
mushimhi balgorumul dollyojyo
gutten mollatjyo saranghanunbobul mollaso
gude honja namgyodwonneyo mianhadan maljocha
oseghage boyo gujo morunchog jinachyonnabwayo

Ijenaljiman saranghanunbobul aljiman
saranghejul gu sarami obneyo
nunmulman jun sarangul modu idgo
budi hengboghagil meil nan ulmyo gidomanhaneyo

Daumsesangen ne orinsarangi anigil
jongmal sarangiran gol alge
gutte dashi mannamyon nephume angyoyo
hengboghan kkumman gurilsuitdorog
jigumun gudel ttonabonejiman


Translation

The you I love, is leaving me
Though I haven't yet said a word in my defense

The you I love, says she wants to be happy
I haven't been able to say a word in pleading

Always, looking at your sad expression
I neglected you under the pretense of being busy
Because I was a wretched fool

I didn't know then
Because I didn't know how to love
Because I didn't know how to hold you warmly

That a soft heart
Would collapse and fall, I didn't know
And without thinking, I turned away from you

I didn't know then
Because I didn't know how to love
I came to leave you alone

Even saying sorry seems awkward
So I've passed you by again, pretending not to know

Even if you meet someone else,
He'll probably be better than me
Because of this, I'm sending you away

Even if I meet someone else,
It'll never be you
Because of this, I can't erase you

All that's left is a sorry heart
All I have left to say is goodbye
Even though my heart knows

I didn't know then
Because I didn't know how to love
Because I didn't know how to hold you warmly

That a soft heart
Would collapse and fall, I didn't know
And without thinking, I turned away from you

I didn't know then
Because I didn't know how to love
I came to leave you alone

Even saying sorry seems awkward
So I've passed you by again, pretending not to know

Even though I know now
Even though I know how to love
The person whom I wish to love isn't here

A love that has given only tears
I hope everyone will forget and be happy at all costs
Everyday, while crying, all I do is pray

That in my next life, I won't have a young love
When I really understand love,
If I meet you then, I'll take you into my arms
So that we'll only have happy dreams

Even though now, I'm sending you away


credit: jpopasia.com

-------------------------------






~ Comel ! ~

Assalamualaikum!  


Selamat malam semua! Kembali lagi kita dihari Jumaat yang penuh indah ini. Okay, apa cerita hari ni? Ye. Ye aku tau semalam Bieber datang Malaysia. Mesti ramai yang buat entri pasal dia. Harap maaf aku bukan peminat Bieber. *muntahijau*. Jadi takde post pasal dia kat sini. Anyway, hari ni aku nak cite pasal adik Shahrincool. Chekidaut dia punye fanpage jangan lupe like sekali tau. *kyaaa. dia comel gilaa*

Okay sebelum ni aku penah cite pasal awesome vloggers kan. Kau bole tengok kat sini. Tapi hari ni aku nak tambah sorang lagi dalam list aku tuh! Aku pon baru je discover budak ni. Macam baru lagi. Video dia pon recent belaka. Aku suka dia. Suka laaa. Haha. Sudah la. Korang tengok sendiri. Malas nak cite lebih. Checkidaut la sendiri his latest vid or you may subscribe to his youtube channel >>Sharincool<<. :D




Orait la bebeh sekalian. Sampai sini dulu ye. Jumpe lagi. Taddaaaa.


p/s: mahu lihat ramai lagi Malaysian Youtubers. :D

p/s/s: aku rasa muka dia iras2 Rain. Haha. 




~ Meh Like Page Saya Buncit ! Erk?! ~

Assalamualaikum!



Hello! Mari kemari adik, kakak dan abang yang comel serta hensem. Sihatkah kau? Bagus! Okey, hari ni saya nak buat pengumuman. Bahawasanya saya, sudah ade fanpage!! Dududu.Lalala. Haha. Bajet ade orang nak like la kan. Haaa. Dah terlanjur kau datang meh la like fanpage aku tuh. Ade kat tepi tu je. Aku pun tak tau ape fungsi aku buat fanpage tapi aku memang tergedik gile nak ade fanpage. Agagaga. 


Oh dan selain itu saya juga dah letak like button kat entri saya. Kalau kau rase entri aku layak di like silakan. Kalau tak jangan paksa jari kau klik like. Kebas plak kang. Okey. Sekadar nak promote blog picisan kicap masin aku ni je haaa. *Dengan harapan ade 2000 like pada pagi esok. Hahaha.* Okey, sampai berjumpa diblog kicap masin aku ni yah! Tadaaa. Bye!




p/s: like..like..like..likeeee!









Tuesday, April 19, 2011

~ Terima Kasih dan Sayang ! ~

Assalamualaikum!


Wee huuu. Apa khabar readers aku sekalian. Sihatkah kalian hari ni? Aku macam biasa. Terlebih-lebih sihat hari ni. Walaupon mood aku hari ni terbang pegi mane ntah. Aku tetap sihat. Hehe. 

Okey! Cukuplah bersandiwara. Ni mau cerita. Aku suka berblogging. Walaupun entri aku macam kicap masin je tapi aku tetap bangga dengan blog aku. Walaupun blog aku tak gempak macam senior-senior yang lain aku tetap suke.

Tak lupa jugak, dengan hadirnya pembaca-pembaca yang singgah secara eksiden atau dengan penuh rela hati yang telah membaca entri-entri aku tanpa rasa jemu dan komen jugak kritik serta makian lagi aku suke nak berblogging.

Untuk itu, untuk yang ke-berapa kalinya aku nak ucapkan berjuta-juta terima kasih kat kau, kau, kau dan jugak kau sebab sudi membaca entri aku. Nah aku campak bintang nih! Sambut!!. Teruskan menyokong aku. 

Pada yang dah follow aku, terima kasih jugak. Tak kisah kau follow sebab blog aku cantik ke. Sebab aku hot ke atau apa saje sebab kau. Terima Kasih. Yang akan follow pon terima kasih. Pada yang komen, sila lah komen lagi. Itu tanda kau baca. Hehe. 

Okey. Tu je.Sekali lagi.Terima kasih.


p/s: Zaki and Khai, entri ni muncul sebab korang puji blog kicap masin aku ni.thanks a bunch guys! bajet macam blogger otai lak kan.haha.pedulikk.




~ Aku Teruja ! ~

Assalamualaikum!


Haaai. Uhuuk..uhuuuk. Terbatuk jap tadi. Ade orang rindu kat aku ke? Tersedak-sedak aku. Okay seperti yang tertulis diatas aku sangat teruja. Sampai terbatuk dan tersedak-sedak. Haha. Korang nak tau kenapa? Sebab ni haaa....




Heee. 25 sen je pon haha. Tapi aku dah lama wooo tunggu nak tengok hasil ni. Tapi still aku tak paham macam mana benda ni berfungsi. Bole jadi ini derma kilat. Hmm. Apa-apa pon ini akan aku jadikan booster untuk aku terus berblogging dengan penuh rasa tanggungjawab serta dedikasi. Hahaha. Okey. Saje nak kasi kencang sikit. Tidur dulu la eh. Selamat Malam! Assalamualaikum!


p/s: time kasih nuffnang.time kasih jari yang telah click nuffnang aku.click la banyak-banyak lagi.hehe.



Monday, April 18, 2011

~ imy ;) ! ~

Assalamualaikum!




Selamat malam. Malam ni tak rasa nak menaip. Jadi aku nak post lagu je. Mode: taman bunga.




 hey kamu! imy ;). rindu setengah mati. *malu* 


this is for you.






p/s: imy ;)



Sunday, April 17, 2011

~Bila Besar Kau Nak Jadi Ape? ~

Assalamualaikum!!






sumber: Google



Selamat malam dan selamat sejahtera. Hope you guys are doing awesome! I'm a bit distress here. Ouh. Lalu aku terus nak menaip. Jangan banyak bicara. Jom dengar apa aku nak cerita. Tengahari tadi sedang aku enak mencekik makanan dengan mak dan abah aku tibe-tibe je abah aku tanye aku. 

abah: nana nak jadi polis?
aku: erk?? 

Aku tak tau nak respon camne. Nak gelak tapi muke abah serius. Nak serius aku rasa lawak. Time tu tengah borak-borak pasal aku nak kerja apa and whatsoever. Bile abah tanye soalan ni aku terus teringat, bila time sekolah dulu-dulu bila cikgu suro buat biodata mesti dia suro tulis 'cita-cita' nak jadi apa. Kau dulu tulis ape? Nak tau jawapan top 5 aku?? Meh tengok.

-------

1. POLIS! - sebab abah dulu polis. Tulah first profession yang aku bole fikir. Haha. Tapi memang kecik-kecik dulu ada hati nak jadi polis. Sebab polis baik. Tangkap penjahat. Tapi aku ni penakut. Camne nak tangkap orang jahat?

2.DOKTOR! - sebab keje tu femes. Lagipun sume orang tulis doktor. Aku ikut je lah. Tapi aku nak tulis doktor sebab doktor tolong pulihkan orang sakit, selamatkan orang yang dah nak mati. Tapi aku takut darah. Lupekan je laaaaa.

3. CIKGU/GURU! - sebab masa kecik-kecik aku suke main cikgu-cikgu. Curik kapur kat sekola pastu conteng selagi ada almari aku. Bajet papan hitam la. Lagipun cikgu ajar aku kasi pandai. Jadi aku pun nak la ajar orang lain kasi pandai. Tapi aku tak berapa nak pandai. Camne?

4. PERAGAWATI/MODEL! - hahaha.sila gelak. Yang ni sebab aku suka bergaya dulu. Main mekap-mekap la. Sarung-sarung baju kakak aku la. Catwalk sorang-sorang la. Aku rasa yang ni memang semata-mata aku perasan sorang diri. Haih.

5. PELAKON/PENYANYI/ARTIS! - hahahahaha! Aku perasan aku pandai nyanyi dan berlakon. Jadi kadang-kadang aku rasa nak jadi artis. Bole masuk tv. Hehe. Tapi yang ni aku tak pernah tulis pon. 

-------

Huhu. Sekejap je masa berlalu. Tau-tau je aku dah besar gajah. Tapi sekarang ni aku tak tau la apa kerjaya yang sesuai dengan aku. Mungkinkah aku ditakdirkan menjadi polis macam yang abah aku cakap? Atau suri rumah sepenuh masa? atau seorang tukang jahit? atau seorang pelakon yang bakal mengalahkan Fasha Sanda??? Entahlah. Aku sendiri pon tak tau. Kau nak jadi apa? Kasi tau la beb apa cita-cita kau dulu and sekarang? Okeyla. Aku nak masuk tidur dulu la ye. Selamat malam dan babai. Assalamualaikum!



p/s: Sape tau A. Galak tu berlakon dlm gerak khas lagi ke tidak? kalau ye, agak-agak bila dia nak pencen? abah aku pon dah pencen. hahahaha..