Sunday, April 3, 2011

~Aku tak pandai masak tapi kau pandai jadi imam?~

Assalamualaikum!


Selamat malam! Bagaimana hujung minggu anda? Hari ni aku macam biasa dok melepak kat umah sambil ulang rutin-rutin harian aku. Sambil-sambil tu aku nak update la blog aku ni. Kat sini aku nak buat satu pengakuan. 

Aku tak pandai masak. lalalalala

Ehehe dan kerana itu aku berasa rendah diri dan segan silu kerana memasak ni kan salah satu pakej seorang perempuan bila nak cari jodoh dan memikat hati bakal ibu dah bapa mertua. Alamak macam mana ni??? Tak boleh kawen la gini??? Siapa cakap?? Meh baca artikel ini.


Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?

SEL, 21 SEP 2010 12:40 | SAMSKHAD | EDITOR: AEYIE®

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
Sumber artikel : ILUVISLAM







Ha, kesimpulannya kat sini aku belajar masak kau belajar jadi imam. Okey? Haha. Sekadar berkongsi. Selamat malam dan assalamualaikum!


p/s: haih. calon pon takdak pulun nak nikah. gatai noooo.





4 comments:

cik ubi said...

aku penah bace atikel ni..

huhu,,lelaki dan pmpn kan bagus lau saling mengingati

~Saya Buncit~ said...

cik ubi: mmg betul tu..:)

SHM said...

artikel yg mnarik...
demand llki nak tggi..
tp pmpn pon bole demand nak suami yg boleh imamkan solat..
klu x bole, reject..:D

~Saya Buncit~ said...

@SHM: haha.tak yah la reject, masing2 kena bersedia la nak berubah. :)