meebo

:: Geng-geng Aku Buncit ::

Thursday, April 14, 2011

~Anak bongsu ! Best...tapi....~

Assalamualaikum!


Selamat malam. Sudah makan atau belum? Aku lapar. Kau ada bawak makanan tak datang blog aku ni? Takde la tu. Takpe la. Kejap lagi ada la makanan turun dari langit. Heee. Okay. Zaas! Ape aku nak cakap hari ni? Oh ye, pasal aku la. Takkan pasal kau. Aku nak cakap pasal best dan tak bestnya dilahirkan sebagai anak bongsu dalam bilangan adik-beradik yang ramai. Adik-beradik aku 6 orang sumenye. 4 orang kakak. sorang je abang.Ha pada anak bongsu-anak bongsu sekalian mari bercerita pada aku. Sambil tu jom kita chekidaut best dan tak bestnye jadi anak bongsu.






YANG BEST!

1.dimanjakan - sebab aku yang paling last.jadi aku dapat attention lebih.aku nangis je mak pak aku lari ganti-ganti dapatkan aku. Dah besar-besar pon pak aku dukung aku lagi, timang aku macam anak mongkey. Hehe. Tapi sekarang dah dewasa aku tak manja. lalala

2. dapat bersenang-lenang! - Haha. Ini apa yang aku rasa time kecik-kecik dulu. Kalau anak bongsu yang lain tak tau la. Aku banyak kakak, jadi kalau bab dapur-dapur or kemas-kemas rumah ni memang aku lari dulu la. Kakak kan ramai, korang je la yang masak lagipun aku kan adik bongsu. Yang lain kenalah mengalah. Tapi sekarang kakak aku semua dah kawen! Tinggallah aku sendirian. Huhu.

3. dapat rasa jadi mak/ ramai anak buah! - bila yang atas-atas aku ni dah kawen bila dorang ada anak, dapatlah aku rasa jadi "mak". Pastu kalau dorang beranak pinak ramai lagi best. Meriah la rumah. Maklumlah. Akukan bongsu, mane dapat rasa ada adik. Ada anak buah pon jadi laaa. Hehe.

4. ada banyak tempat mengadu dan role model! - yang ni pon best. I have them whom i can turn to. Whenever i'm down, they are always there to comfort me. Maklum la manja kan. Mesti cepat nangis dan selalu nak perhatian orang. Pastu aku ade ramai role model. Contoh teladan yang dapat aku belajar dari kakak-kakak dan abang aku.

5. dapat duit raya banyak! - Haaa. Yang ni memang best laa. Lagi-lagi kalau adik-beradik kau banyak. Time raya la paling aku suka. Haha. Tapi sekarang aku dah tua. Mane nak dapat duit raya lagi.




YANG TAK BEST!


1. Dilabel anak manja walaupun aku tak manja! - Time kecik-kecik je aku manja. Bila aku dah besar aku tak manja sangat pon. Abang aku lagi manja dari aku. Ceh!


2. Tak dapat rasa ada adik! - Tak best tau. Sampai hari ni kalau la mak aku bole beranak lagi aku nak jugak dia beranak sorang lagi supaya aku ada adik. 


3. Kesunyian! - Bila semua dah kawin tinggallah aku sendirian dengan mak pak aku. Status aku bertukar jadi anak tunggal. Huhu


4. Selalu jadi mangsa bebelan! - Salah aku pon kena bebel. Salah orang lain pon aku kena jugak. Pekes?


5. Selalu dibanding-bandingkan! - Selalu kena banding dengan kakak-kakak dan abang. Haih. Tak best sangat!




Tapi tu lah. Panjang mana aku listkan best dan tak best pon kesudahannya tetap sama. Aku tetap kena terima yang aku telah ditakdirkan untuk dilahirkan sebagai anak bongsu. Don't get me wrong, i wasn't complaining in fact i'm very grateful to be born in this SUPER AWESOME family. Sekadar berkongsi rasa. Okeyla. Perut dah nyanyi-nyanyi tanda aku kena undur diri dan makan. Permisi dan Assalamualaikum!!






p/s: wey kau! lain kali datang bawak la makanaaan. wuuuu.







5 comments:

aisya sakaria said...

bab sunyi tu memang paling tak syok. serius bosan gila bila abang2 da kawen. dah tak dapat nak bercakaran lagi. hehe

ZWAN SABRI said...

Zwan anak sulong. anak sulong ni kena banyak berdikari. x macam anak bongsu. MANJA! hehe


MySuaraBlog: Dinner Anak Penang

~Saya Buncit~ said...

aisya sakaria: betul2..dorang la teman nak manja..dorang la tempat nak gaduh..huhu

ZWAN SABRI : erk. hamikkk. tak manjaaa wooo..sungguh tak..

Khairul Atikah @ Cik Yuki said...

ad choki2 je ni . . nak ?? hehehe

~Saya Buncit~ said...

@Khairul Atikah: wah!!feveret buncit tu!! tenkiu!!