meebo

:: Geng-geng Aku Buncit ::

Sunday, April 17, 2011

~Bila Besar Kau Nak Jadi Ape? ~

Assalamualaikum!!






sumber: Google



Selamat malam dan selamat sejahtera. Hope you guys are doing awesome! I'm a bit distress here. Ouh. Lalu aku terus nak menaip. Jangan banyak bicara. Jom dengar apa aku nak cerita. Tengahari tadi sedang aku enak mencekik makanan dengan mak dan abah aku tibe-tibe je abah aku tanye aku. 

abah: nana nak jadi polis?
aku: erk?? 

Aku tak tau nak respon camne. Nak gelak tapi muke abah serius. Nak serius aku rasa lawak. Time tu tengah borak-borak pasal aku nak kerja apa and whatsoever. Bile abah tanye soalan ni aku terus teringat, bila time sekolah dulu-dulu bila cikgu suro buat biodata mesti dia suro tulis 'cita-cita' nak jadi apa. Kau dulu tulis ape? Nak tau jawapan top 5 aku?? Meh tengok.

-------

1. POLIS! - sebab abah dulu polis. Tulah first profession yang aku bole fikir. Haha. Tapi memang kecik-kecik dulu ada hati nak jadi polis. Sebab polis baik. Tangkap penjahat. Tapi aku ni penakut. Camne nak tangkap orang jahat?

2.DOKTOR! - sebab keje tu femes. Lagipun sume orang tulis doktor. Aku ikut je lah. Tapi aku nak tulis doktor sebab doktor tolong pulihkan orang sakit, selamatkan orang yang dah nak mati. Tapi aku takut darah. Lupekan je laaaaa.

3. CIKGU/GURU! - sebab masa kecik-kecik aku suke main cikgu-cikgu. Curik kapur kat sekola pastu conteng selagi ada almari aku. Bajet papan hitam la. Lagipun cikgu ajar aku kasi pandai. Jadi aku pun nak la ajar orang lain kasi pandai. Tapi aku tak berapa nak pandai. Camne?

4. PERAGAWATI/MODEL! - hahaha.sila gelak. Yang ni sebab aku suka bergaya dulu. Main mekap-mekap la. Sarung-sarung baju kakak aku la. Catwalk sorang-sorang la. Aku rasa yang ni memang semata-mata aku perasan sorang diri. Haih.

5. PELAKON/PENYANYI/ARTIS! - hahahahaha! Aku perasan aku pandai nyanyi dan berlakon. Jadi kadang-kadang aku rasa nak jadi artis. Bole masuk tv. Hehe. Tapi yang ni aku tak pernah tulis pon. 

-------

Huhu. Sekejap je masa berlalu. Tau-tau je aku dah besar gajah. Tapi sekarang ni aku tak tau la apa kerjaya yang sesuai dengan aku. Mungkinkah aku ditakdirkan menjadi polis macam yang abah aku cakap? Atau suri rumah sepenuh masa? atau seorang tukang jahit? atau seorang pelakon yang bakal mengalahkan Fasha Sanda??? Entahlah. Aku sendiri pon tak tau. Kau nak jadi apa? Kasi tau la beb apa cita-cita kau dulu and sekarang? Okeyla. Aku nak masuk tidur dulu la ye. Selamat malam dan babai. Assalamualaikum!



p/s: Sape tau A. Galak tu berlakon dlm gerak khas lagi ke tidak? kalau ye, agak-agak bila dia nak pencen? abah aku pon dah pencen. hahahaha..




4 comments:

AmQ AnaQi said...

belajar dulu sehingga ke menara gading..ayat masa kecik2 dulu..hahaha

daylachan said...

haha!dlu mase kecik2 kate nk keje kt kfc sbb suke mkn kfc...tsk!

~Saya Buncit~ said...

@AmQ AnaQi: haha..tulah pasal..padahal time tu tak tau pon menara gading tu ape benda..ayat taknak kalah..haha

~Saya Buncit~ said...

@daylachan: hahaha..nape tak jadi kolonel tu terus?bole tau resepi nak buat kfc..hehe