meebo

:: Geng-geng Aku Buncit ::

Wednesday, April 6, 2011

~ Cemas sampai aku menangis! ~

Assalamulaikum!


Selamat sejahtera. Hari ni aku nak kongsi satu cerita. Sudi-sudikanlah diri anda membaca cerita ni.



--------------------------

Cemas. Memang mencemaskan. Si anak kecil tadi yang berada betul-betul dihadapan mata kini terpisah dari ibunya.  Menangis-nangis si anak kecil meminta si ibu menyelamatkan dirinya yang terperangkap. Si ibu yang tidak betah duduk diam  pantas berlari-lari meminta bantuan daripada sesiapa sahaja yang berada disitu. Si anak pula masih merayu-rayu minta diselamatkan.  Mendengar tangisan si anak, si ibu menguatkan semangat untuk terus berusaha mencari jalah untuk membebaskan anaknya yang terperangkap tadi.


Berlari-lari si ibu ke arah sebuah bilik kemudian berpatah semula ke arah anaknya. Sudah lewat malam begini, sudah pasti orang-orang di dalam rumah ini sedang tidur lena namun si ibu tidak boleh berputus-asa. Lantas si ibu mengumpul segala keberanian menuju semula ke arah bilik tadi. Si ibu terlihat seorang perempuan yang sedang lena tidur.  Tanpa rasa takut si ibu terus menarik-narik rambut perempuan itu sampai dia terjaga.


Perempuan itu terjaga lalu terpandang si ibu tadi dengan penuh rasa marah.  Tetapi hati manusianya tersentuh sebaik sahaja melihat titisan air mata yang mengalir di pipi si ibu.  Si ibu tadi terus berlari ke arah anaknya sambil diekori perempuan itu.  Perempuan tadi menghidupkan lampu terus matanya tertumpu ke arah seekor anak cencorot yang terperangkap dalam perangkap tikus yang dipasangnya sebelum tidur tadi. 


 "Alahai, lain yang aku nak tangkap, lain pulak yang masuk. Patutlah mak kau tarik rambut aku tengah-tengah malam."

Kerana kasihan melihat anak cencorot yang terperangkap itu, perempuan itu terus membuka perangkap tadi lalu bebaslah anak cencorot tadi dan bersatu kembali anak-beranak cencorot itu tadi.  Dalam sekelip mata anak-beranak itu hilang dalam kepekatan malam.  Perempuan itu termenung, barangkali memikirkan betapa binatang juga menyayangi anak mereka.  Selepas termenung, lampu dimatikan lantas perempuan itu pergi menyambung tidurnya yang telah diganggu si ibu cencorot tadi.

T-A-M-A-T

-------------------------------------

Itulah dia, kisah benar yang telah berlaku. Perempuan dalam cerita tu mestilah bukan aku sebab aku ni penakut dengan kaum-kaum tikus ni. Perempuan tu mak aku. Cerita ini disampaikan semula tanpa ada unsur paksaan dan tokok tambah. ( Ya! Ini kisah benar.) Saje aku nak kongsi dengan korang. Sedang cencorot pon sayang anak. Hilang rasa takut dia dengan manusia demi nak selamatkan anak dia. Manusia pulak? Buang anak la. Dera anak la. Bunuh anak la. Rogol anak la. Macam-macam laa. Okey. Habis dah. Boleh pergi sambung kerja kau. Bye dan Assalamualaikum!




p/s: aku menangis masa aku dengar cerita ni dari mak aku.


4 comments:

Deeyaudeen Sabri said...

:(

~Saya Buncit~ said...

sedih kan? kan?

momochan said...

manusia pula sebaliknya kan??

~Saya Buncit~ said...

ha'ah dan kadang-kadang kite lagi teruk.