meebo

:: Geng-geng Aku Buncit ::

Wednesday, April 6, 2011

~ Kutu Oh Kutu ! ~

Assalamualaikum!


Zass! Haa. Stylo sikit. Okeh! Untuk entri hari ni aku nak ucapkan terima kasih kepada seorang kawan aku yang memang hensem lagi mulia sebab kasi idea ni kat aku. Nama dia hazwan, berperwatakan menarik dan hensem tapi kurang asam sikit. Nak kenal?? Haha. Okey abaikan.

Okay, apa topik yang best sangat si hensem ni bagi kat aku? Dia tanye ni:



Siapa yang pernah ada kutu time kecik-kecik dulu? Haaa. Ngaku je la woi. Takde orang tangkap pon. Aku dulu pon pernah gak jadi kilang kutu ni. Gatal jangan cite la. Okay tak yah cakap banyak. Meh kite baca fakta menarik tentang kutu. Lalala!


~Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian kepala.
~ Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. 
~ Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. 
~ Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari. (matang dalam 2 minggu dan bermula la kitaran seterusnya)
~Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. 
~Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.

Tanda-tanda

~Gatal yang kuat pada permukaan kepala. Ini disebabkan oleh bahan yang ada di dalam air liur kutu kepala.
~Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga. Dalam kes yang 
teruk, tanda-tanda bengkak berlaku di belakang telinga.
~Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil.Ia selalunya bersinar dan berwarna putih. Ia 
kelihatan seperti kelemumur tetapi ia tidak mudah dikeluarkan.

credit info:

Cara-cara menghilangkan kutu.

Cara Pertama:
Ambil beberapa biji bawang putih dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut. Balut kepala dengan kain selama sejam sebelum dicuci.
Cara Kedua:
Gosok buah belimbing ke seluruh rambut dan kulit kepala. biarkan kira-kira 5-10 minit dan dibilas dengan air bersih. rambut kembali sihat dan bebas kutu jika rajin mengamalkannya.
Cara Ketiga:
Ambil beberapa biji ubat gegat dan ditumbuk hingga halus. Campurkan ubat gegat itu dengan setengah cawan minyak kelapa/minyak masak. Sapu seluruh kepala dan balut kepala dengan kain. Selepas 15 minit, bilas rambut.
Cara Keempat:
Menggunakan cuka putih. Sapukan cuka putih pada rambut. Biarkan selama 2-3 jam. Balut kepala anda dan sikat kepala anda menggunakan sikat kutu dan bilas kepala anda.Lakukan tips ini setiap 3 hari sekali sampai kulit kepala bebas dari serangan kutu rambut.
Cara KeLima:
Menggunakan Mayonis (original). Sapukan mayonis pada rambut. Biarkan selama 2-3 jam. Balut kepala anda dan sikat kepala anda menggunakan sikat kutu dan bilas kepala anda.Lakukan tips ini setiap 3 hari sekali sampai kulit kepala bebas dari serangan kutu rambut.
Cara Keenam:
Menggunakan minyak zaitun. Sapukan minyak zaitun pada rambut. Biarkan selama 2-3 jam. Balut kepala anda dan sikat kepala anda menggunakan sikat kutu dan bilas kepala anda.Lakukan tips ini setiap 3 hari sekali sampai kulit kepala bebas dari serangan kutu rambut.
Cara Ketujuh:
Sapukan sedikit minyak tanah pada rambut dan bungkus kira-kira 15 minit selepas itu syampu rambut anda.

credit info: Mutiara Kehidupan

Ooo.  Baru aku tau kenapa susah benar nak hapuskan kutu ni kalau dah terkena sekali. Tiba-tiba je gatal kepala aku bile aku baca fakta-fakta kutu. Okey. Sudah. Sebenarnya faktor utama aku buat entri ni sebab ni:



Haha. Budak bertuah. Sudahlah. Sakit hati aku. Okey hazwan, terima kasih sekali lagi. Harap kau suka entri ni. Dan untuk kau, kau yang membaca harap ada manfaatnya.Haha. Okey. Jumpa lagi dan Assalamualaikum!


p/s: aku potong rambut bukan sebab kutu ye tapi sebab rambut aku dah menyerupai penyapu.mane lagi dasat? kutu ke penyapu? huhu.





3 comments:

~SYAZ~ said...

wahhh~
best2.. :)
info yg berguna utk syaz..
ngee~ ^__^

myn :) said...

wah , byk nyee petuaa :)
ttbe terasa gatal kat kepala niee , ahahahah ,

~Saya Buncit~ said...

~SYAZ~: haaa..sebarkan pada rakan2 yg ada kutu..hehe..

myn :): tu la..dulu kena mase kecik2 igt mak tolong kutip telur dia sebijik2 tak tau byk jugak petua..*haa..ade kutu ke tu?hehe