Tuesday, May 31, 2011

~ Takdak Tajuk ! ~

Assalamualaikum!

Selamat malam geng! Bikin ape tuh? Weh, makin lama makin bosan la tengok layout blog aku ni. I need something new. Ehceh. Tapi ape bendanye? Aku pun tak tau. Atau mungkin aku patut tutup je blog aku ni? Huhu.

Nantilah. Aku eksperimen apa yang patut. Kasi gebang sikit blog ni. Haha. Baru la ada orang nak datang. Tapi bukan sekarang laaaa. Nanti ah. Nanti. Nanti.... ZzzZzzZz. Ok bai.


p/s: ni semua angkara cemburu buta tengok page orang lain. =_=




Sunday, May 29, 2011

~ Layakkah Kau ?! ~

Assalamualaikum!


Selamat petang! Okay! Dengar sini. Gossip lagi! gossssip! Haha. Sorry guys, i've been posting a lot of craps lately. Lagi-lagi gosip pasal artis Kpop dan artis Mpop ni. Apa-apalah, yang pasti ini bikin gua agak panas disiang hari. 

Malas nak taip banyak. Hehe. Pinjam link ini bloggers.

Sedih aku tengok sikap artis kita

credit : ieta ( http://ietamadzid.blogspot.com )



The Mess in Hari Belia Negara

credit: hazirah ghazali

Hmmm. Jadi ini gara-gara tak dapat guna jamban eh? Dan tak diberi layanan yang sepatutnya. Lain kali kalau dapat offer perform satu stage dengan artis luar tak yah terima ye. Nanti kau tak dapat pakai jamban.Haih. Lain kali penganjur buat lah jamban berderet-deret. Takdelah orang berebut nak guna jamban. Yang aku dengar kat situ ada dua jamban je? Ish tak patut. Tapi yang kau pon kalau ya pon dah nak terkencing sangat, layak sangatlah kau sampai nak kencing kat muka orang ? . Budi bahasa budaya kita bang. Ish. 

Haha. Sudahlah. Aku nak minum petang. Chow! :)


p/s: hmmm. patutlah aku tak penah minat kat KEBANYAKKAN artis kat Malaysia ni. 

Friday, May 27, 2011

~ Tetttt ! Next Question Please ! ~

Assalamualaikum!

sumber: Google

Hello world! Malam masih muda heh? Sebab tu aku masih menghadap laptup usang ku. Tadi aku baru habis tengok cite 'Kongsi'. Okaylah. So so je la. Anyway, i'm not going to review the movie ( because i might be the last person on earth watching it. :/ ). Yang aku nak merepek malam ni ialah 'F.A.Q' atau 'FrequentlyAskedQuestion'. Tapi aku nak tekankan tentang soklan-soklan yang biasanya diajukan oleh saudara mara. Aigooo. Tak suka la.Well, I'm sure most of you have a list of FAQs too. Ni antara yang paling femes.

1. Belajar lagi?
Tiap kali raya, tiap kali balik kampung soklan yang sama. 6 tahun aku belajar, 6 kali jugak la aku nak kena jawab soalan ni. Kalau aku jawab aku belajar lagi, ni soalan seterusnya:

2. Amik jurusan apa?
Aku paham. Anak buah ko ramai. Kalau aku jawab pon bukan kau ingatkan. Bila dah panjang berjela aku explain ni pulak yang ko tanye:

3. Kalau dah abes belajar bole kerja apa?
Sumpah soalan ni yang paling aku benci. Sebab aku sendiri tak tau aku bole keje apa. Haha. Buang masa kau je tanya. Lepas tu tanya pulak bila aku nak keje. Hmmm. Esok kot. Haha. Pastu mula la tanya aku soalan ni:

4. Kau dah ada yang punya?
Senang je jawapan aku. *Geleng-geleng kepala dengan muka takde perasaan*. Tapi soalan yang lagi femes amos yang ini:

 5. Bila nak kahwin?
Waduh! Rasa artis bila ditanya sebegini. Jawapan aku? Tettt! Next question please!


Banyak lagi tapi cukup la lima je. Haih. Entahla. Aku pon tak tau apa masalah aku. Padahal soalan je pon. Itu pon aku nak emo. Haha. Tapi apa-apa pon semua persoalan yang femes amos kat atas ni aku jawab je penuh sopan. Yelah hati orang tua. Mestilah mereka nak tau kan. Kang tau-tau dah beranak-pinak tiba-tiba susah jugak. Jadi moral of the story, silalah jaga tepi kain orang. Sambil-sambil tu jaga tepi kain sendiri sekali ye. Lepas tu jangan lebih-lebih pulak. I dislike! Okay. Tu je repekan aku malam ni. Jumpe lagi di lain masa. Lu langsi lu mati!




Wednesday, May 25, 2011

~ My Name is... ~

Assalamualaikum!



Selamat malam. Dah makan? Burp. (bau ayam sambal bersama sayur campur). Aku haruslah dah makan. Anyway, what is your name? My name is Khan. Not funny i know. Okay. Hari ni aku nak cerita pasal nama aku. Ye! Nama aku laa.

To those who don't know, mera nam hai Juliana. My name is Juliana. Well, to tell the truth, i don't really like my name. Ini bukan kes tak bersyukur ya kawan. Bila aku google nama aku, banyak betul laman sesawang orang putish yang keluar. Nampak sangat nama aku ni nama orang putish. Huhu. So this turned up when i googled my name.



So 'Juliana' basically means 'youthful'. Yes i am young. Hehe. Feminine form of Julius Caesar. Bila aku google mesti result banyak keluar nama orang putish. Maka kerana itu aku kurang suka nama aku ni. Tapi bila aku google maksud dari nama-nama Islam, nama aku tu takde maksud pun. Jadi nama ku tak indah. Huhu. Sekali lagi, maka itulah aku tak suka nama aku. 


But at least, i have a name. So i should be thankful for having a name. Kalau tak mak and pak aku nak panggil aku hape?? Buncit?? Haha. Lagi huduh serba tak indah nama tu. Tapilah kan. Kalau aku diberi peluang untuk tukar nama, aku nak nama 'Aisyah. Sedapkan? Hehe.






p/s: nama aku jugak ialah nama jenama biskut. fine.




~ Siapa Ada Friendster ?! ~

Assalamualaikum!




Selamat petang si kacak dan si cantik. Petang yang indah ni buat perut aku rasa lapar. Sedang aku jalan-jalan dalam alam maya ni tetibe je aku teringat nak bukak akaun Friendster aku. Haha. Aku tau. Tak keterlaluan kalau aku cakap Friendster ni ketinggalan sikit kot. Ye tak? Yela, sekarang ni yang femes amos mestilah Facebook dan Twitter. Tapi dulu sebelum Facebook dan Twitter ni la social network kegemaran aku. 

Aku suka gak fs ni dulu. Yang femesnye fs ni ada testimonial. Kalau ade yang testi mesti tergedik-gedik nak online. Sekarang aku terfikir ada lagi tak orang yang aktif fs dia? Aku nak lah aktif balik fs walaupun aku tau orang sekarang tak guna fs. Hehe. Oh and kalau kau ada akaun fs, meh la add aku on fs. 


akaun fs aku.haha.add la aku wey.


p/s: nak aktifkan fs balik la. hehe. :)




Saturday, May 21, 2011

~ Tak Sukalah Der ! ~

Assalamualaikum!


Apa khabar orang kampung. Dah makan belum? Bak sini sikit makanan kau. Aku lapar tak makan lagi ni. Takpe. Ketepikan dulu soal makanan. Sebenarnya aku nak cakap kenapa susah sangat orang (termasuk lah aku sendiri.hehe) nak terima yang manusia ni dicipta berbeza-beza. In short, minat kita berbeza. Aku suka sinkong kau suka keju. Oooo. So takyah la nak beriya suruh aku terima satu benda yang aku tak suka. 

So der, sori la. I hate MAX 247. Aku tau niat kau nak berkongsi je dengan aku tapi sori sekali lagi. I just hate it. I have my own reasons why i hate those things you were trying to sell. Kalau aku cakap aku tak suka, takyah la nak nasihat-nasihat aku. Aku anti dorang. So selagi aku tak kacau kau, jangan la nak kasi semak kepala aku. Sekian terima kasih.


p/s: i tried to be neutral. i seriously did. even if they changed into angels i still hate them. okay?





Friday, May 20, 2011

~ Penat ! ~

Assalamualaikum!

Fuuuuhhh! Habuk. Habuk. Banyaknye habuk blog aku ni. Lame gila tak update. Rindu siottt nak blogging ni. Ada tak yang rindu kat buncit ni?? Alalala. Rindu kan?kan? Ngaku je laa. Hehe. Anyway aku dah lama tak update blog sebab bapak aku masuk hospital. Bisul di bahagian dekat-dekat kemaluan. Serius jugak lah sampai kena buat minor operation and he was hospitalised for almost 10 days. Tapi Alhamdulillah, semalam dah dibenarkan pulang.


Jadi bila dia masuk hospital, mak aku pon kena la jaga bapak aku kat hospital tu dan aku pulak kena la tolong mak aku jaga anak-anak buah aku kat umah ni. Yela, kalau tak mak aku yang jaga budak-budak ni. So for about 10 days i became a bibik. Aku kena jaga budak and also aku kena buat keje rumah. Yeah i know, sounds so not me. Payah kot. Aku ni dahla tak reti masak. Kesian kat budak-budak tu. 


Tapi bila fikir balik, bila bapak aku masuk hospital aku telah berubah menjadi seorang manusia atau lebih tepat lagi perempuan. Tunggu anak raja datang meminang je. Hah! Dalam mimpi la buncit! Aku semakin terer masak walaupun hari-hari aku masak sambal je pon. Haha. Keje rumah pon aku buat semua. Mana yang termampu. Paling best aku bangun AWAL gila! Haha.


Bila aku pegi lawat bapak aku kat hospital pulak, aku terfikir betapa untungnya aku ni sihat tubuh badan. Serius kesian tengok orang kat hospital ni. Jagalah kesihatan. Duduk kat hospital pon tak best weh. Kalau ada orang jaga okaylah tapi kalau kau sorang-sorang takde sedara-mara datang sedih gila. 


Agaknya Allah nak suruh aku berubah kot. Turn over a new leaf kata orang putih? Haha. Jadi sebab tu la aku tak update blog because i was too busy looking after my nephews and doing all the chores. Bila malam pulak aku kena tidur rumah kakak sebab aku takut tidur sorang kat rumah aku. Plus, bila malam aku penat sangat. Baru aku paham apa yang mak aku lalui. Penatnya jadi surirumah sepenuh masa. Tak sanggup.







abah ngan hazim. mak aku muka sedih je kat sebelah tu. haha.


okay, apa-apa pun bapak aku dah balik umah. harap-haraplah pak aku cepat sihat. amiiiiin. okay la. Itu je. Hehe. Mintak diri dulu. Good Bye Romeo! kekeke.



p/s: harap-harap lah boleh maintain kerajinan aku ni. haha.





Friday, May 6, 2011

~ MAX 247. ELF ALERT!!! ~

Assalamualaikum!


Hello again! Ni aku sebenarnye taknak post pon pasal ni. Tapi entahlah, tangan aku gatai bebenor nak gak buat entri ni. Ni aku nak kongsi kat kau video MAX 247. Durasi : 1:41. Pendek tapi cukup buat untuk buat peminat SuJu amuk. Tengoklah.



video

dan disebabkan video yang asal dah diremove video ni yang sempat aku download dari inyai's youtube channel so credit to this person. Dan ini pula kata2 dari brother aesar ni.



komen aku, balik praktis lagi. tarian biasa je. terabur. i dance better. (riak disitu). Macam biasa, lagi banyak dislike dari like. Kau judge la sendiri. Aku neutral. Haha. To bro Aesar, aku sokong kau! Jangan risau. Haha. Sudahlah. Aku nak tengok video MAX 247. Local artist kena la support!!! Adoi. (geleng-geleng).



p/s: rosakkkk.rosakkkk.


Wednesday, May 4, 2011

~ Kawin Larik Kat Menglembu ! ~

Assalamualaikum!






Tadaaa! Hye! Menglembu. Apakah kaitan menglembu dengan post aku pada hari ni? Jawapannya : TAKDE KAITAN ! Tapi ini satu fakta yang aku baru tau hari ni iaitu Menglembu tu sebenarnya nama sebuah pekan dekat Ipoh, Perak dan tempat tu terkenal dengan kacang tanah jenama 'tangan'. Sungguh aku baru tau. Aku ingat Menglembu tu maksud dia macam sedap gitu. haha. 


Okay. Itu bukan ceritanya. Hari ni aku mahu tanya, kalau kita dah berkenan kat orang tu sungguh-sungguh dan kau rasa inilah dia si dia ENCIK TEPAT, nak buat camne ek? Ini yang terbuku dikepala aku.


1. Terus-terang! - Errr. Fikir sekali. Fikir dua kali. Huhu. Aku penah buat benda ni tapi selalu tak menjadi. Selalu direject dek kerana aku yang memulakan dulu. Wae??? 


2. Merisik / Masuk meminang terus! - Hmm. Yang ini aku tak pernah lagi cuba. Aku tau mesti akan ada suara-suara sumbang yang mengata sebab aku perempuan tapi nak masuk meminang lelaki. Tapi kalau kena cara tak salahkan? 


3. Culik bawak dia larik lepas tu kawin kat Thailand ! - Agak tak praktikal disitu. Tapi usaha tangga kejayaan. Kan? kan?


So, kalau kau suka kat si dia camne? Apa kau nak buat? Ce cite kat aku. Takpe. Aku tido dulu la sambil tu. Blah dulu. Selamat malam! Assalamualaikum!




p/s: adakah si dia milikku? Berdoa je lah pada Allah SWT. Kalau dia jodohku maka Kau dekatkanlah dia padaku. Kalau dia bukan jodohku maka Kau jauhkanlah dia dariku. Amiiin.






Monday, May 2, 2011

~ MAX 247 ! ~

Assalamualaikum!


MAX 247. Ye, tu nama baru bagi group 24:7. 






erk? ni google image result untuk MAX 247. hehe. sekadar hiasan.

Menarik! Yang ni aku bole terima sebabkan kau dah mintak maaf dan tidak mengaku Kpop lagi. Nampaknya kenalah aku hentikan segala kutukan,cacian dan makian kat group ni. Seriously, i have nothing against them. I just hate the whole idea of "The First Ever Kpop Group in Malaysia". Itu sahaja. Jadi mulai hari ni saya neutral. Lalalala. 

Takpelah.Jangan merepek sangat. Kepada haters yang neutral seperti aku, marilah kita dengar dulu dan judge. Berilah mereka peluang untuk tunjukkan bakat dan kemampuan mereka. Kepada haters yang memang dah anti sangat-sangat tu, suka hati kau lah. It's up to you anyway. Tak salah nak benci. That's the point of haters pon kan. Haha.

So that's all for now. Nanti aku muncul lagi. Babababababai! (macam mencarut pulak)

Assalamualaikum!



p/s: kalau awal-awal kau mengaku Mpop kan sonang. Gula gula bila pulak nak ngaku Mpop?oh and aku like anti dan aku like fanpage MAX247. kira neutral la tu kan. haha.