meebo

:: Geng-geng Aku Buncit ::

Friday, May 20, 2011

~ Penat ! ~

Assalamualaikum!

Fuuuuhhh! Habuk. Habuk. Banyaknye habuk blog aku ni. Lame gila tak update. Rindu siottt nak blogging ni. Ada tak yang rindu kat buncit ni?? Alalala. Rindu kan?kan? Ngaku je laa. Hehe. Anyway aku dah lama tak update blog sebab bapak aku masuk hospital. Bisul di bahagian dekat-dekat kemaluan. Serius jugak lah sampai kena buat minor operation and he was hospitalised for almost 10 days. Tapi Alhamdulillah, semalam dah dibenarkan pulang.


Jadi bila dia masuk hospital, mak aku pon kena la jaga bapak aku kat hospital tu dan aku pulak kena la tolong mak aku jaga anak-anak buah aku kat umah ni. Yela, kalau tak mak aku yang jaga budak-budak ni. So for about 10 days i became a bibik. Aku kena jaga budak and also aku kena buat keje rumah. Yeah i know, sounds so not me. Payah kot. Aku ni dahla tak reti masak. Kesian kat budak-budak tu. 


Tapi bila fikir balik, bila bapak aku masuk hospital aku telah berubah menjadi seorang manusia atau lebih tepat lagi perempuan. Tunggu anak raja datang meminang je. Hah! Dalam mimpi la buncit! Aku semakin terer masak walaupun hari-hari aku masak sambal je pon. Haha. Keje rumah pon aku buat semua. Mana yang termampu. Paling best aku bangun AWAL gila! Haha.


Bila aku pegi lawat bapak aku kat hospital pulak, aku terfikir betapa untungnya aku ni sihat tubuh badan. Serius kesian tengok orang kat hospital ni. Jagalah kesihatan. Duduk kat hospital pon tak best weh. Kalau ada orang jaga okaylah tapi kalau kau sorang-sorang takde sedara-mara datang sedih gila. 


Agaknya Allah nak suruh aku berubah kot. Turn over a new leaf kata orang putih? Haha. Jadi sebab tu la aku tak update blog because i was too busy looking after my nephews and doing all the chores. Bila malam pulak aku kena tidur rumah kakak sebab aku takut tidur sorang kat rumah aku. Plus, bila malam aku penat sangat. Baru aku paham apa yang mak aku lalui. Penatnya jadi surirumah sepenuh masa. Tak sanggup.







abah ngan hazim. mak aku muka sedih je kat sebelah tu. haha.


okay, apa-apa pun bapak aku dah balik umah. harap-haraplah pak aku cepat sihat. amiiiiin. okay la. Itu je. Hehe. Mintak diri dulu. Good Bye Romeo! kekeke.



p/s: harap-harap lah boleh maintain kerajinan aku ni. haha.





No comments: