Friday, May 27, 2011

~ Tetttt ! Next Question Please ! ~

Assalamualaikum!

sumber: Google

Hello world! Malam masih muda heh? Sebab tu aku masih menghadap laptup usang ku. Tadi aku baru habis tengok cite 'Kongsi'. Okaylah. So so je la. Anyway, i'm not going to review the movie ( because i might be the last person on earth watching it. :/ ). Yang aku nak merepek malam ni ialah 'F.A.Q' atau 'FrequentlyAskedQuestion'. Tapi aku nak tekankan tentang soklan-soklan yang biasanya diajukan oleh saudara mara. Aigooo. Tak suka la.Well, I'm sure most of you have a list of FAQs too. Ni antara yang paling femes.

1. Belajar lagi?
Tiap kali raya, tiap kali balik kampung soklan yang sama. 6 tahun aku belajar, 6 kali jugak la aku nak kena jawab soalan ni. Kalau aku jawab aku belajar lagi, ni soalan seterusnya:

2. Amik jurusan apa?
Aku paham. Anak buah ko ramai. Kalau aku jawab pon bukan kau ingatkan. Bila dah panjang berjela aku explain ni pulak yang ko tanye:

3. Kalau dah abes belajar bole kerja apa?
Sumpah soalan ni yang paling aku benci. Sebab aku sendiri tak tau aku bole keje apa. Haha. Buang masa kau je tanya. Lepas tu tanya pulak bila aku nak keje. Hmmm. Esok kot. Haha. Pastu mula la tanya aku soalan ni:

4. Kau dah ada yang punya?
Senang je jawapan aku. *Geleng-geleng kepala dengan muka takde perasaan*. Tapi soalan yang lagi femes amos yang ini:

 5. Bila nak kahwin?
Waduh! Rasa artis bila ditanya sebegini. Jawapan aku? Tettt! Next question please!


Banyak lagi tapi cukup la lima je. Haih. Entahla. Aku pon tak tau apa masalah aku. Padahal soalan je pon. Itu pon aku nak emo. Haha. Tapi apa-apa pon semua persoalan yang femes amos kat atas ni aku jawab je penuh sopan. Yelah hati orang tua. Mestilah mereka nak tau kan. Kang tau-tau dah beranak-pinak tiba-tiba susah jugak. Jadi moral of the story, silalah jaga tepi kain orang. Sambil-sambil tu jaga tepi kain sendiri sekali ye. Lepas tu jangan lebih-lebih pulak. I dislike! Okay. Tu je repekan aku malam ni. Jumpe lagi di lain masa. Lu langsi lu mati!




2 comments:

Ruzanna said...

Salam. faQ yg sy selalu terkena dari dulu until today [dah habis belajar]. yg kelakarnya, faq terkini, "kamu tingkatan berapa sekarang?" Kah3. Sy ni bukan kecik pun!!

~Saya Buncit~ said...

@Ruzanna: haha. mungkin anda semakin kecik. hehe.