meebo

:: Geng-geng Aku Buncit ::

Sunday, June 26, 2011

~ Haaa. Ni Makan Diaaaa ! ~

Assalamualaikum!


Selamat malam geng! Malam ni aku nak post pasal makanan. Jeng jeng. Tadi aku buat pizza. Tapi pizza bodo je la. Haha. Memang bodo tapi kenyang dan sedap gak.



errr. tak tempting langsung kan. >_<

Abaikan rupa pizza yang hodoh ni ye dan aku namakan pizza ni 'Haaa. Ni makan diaaaa!' Kredit nama untuk Bang Bil yang baru-baru ni menang tempat ketiga dalam Maharaja Lawak. Hehe. Kat sini meh aku kongsi resepi nak buat pizza bodoh ni. Sebenarnye ni first time aku buat so aku main taram je.


Bahan-bahan:

350gm tepung gandum
mauripan sepaket
1/2 sudu teh garam
1 sudu minyak
200ml air suam (agak-agak sendiri la)
gaul semua bahan diatas kemudian bahagi 2 dan tunggu 30 minit.

sos Prego
daging kisar
bawang besar
cili hijau besar or capsicum
goreng bahan-bahan kat atas ni

cheese untuk ditabur atas inti pizza

lepas tu canailah doh tadi tu jadi bentuk pizza, letak bahan-bahan yang dah digoreng tu, tabur cheese, masuk dalam oven pastu bakar ikut kesesuaian masa. Pastu siap! Boleh makan!

Bahan-bahan kat atas ni yang basic je. Nak lagi hebat kau google la resepi orang lain. Nak lagi sedap kau beli la kat pizza hut. Okay? Ha, tu je aku nak cerita. Mintak diri dulu. Bye! Assalamualaikum!


p/s: rupa hodoh tapi rasa sedap. :)




Friday, June 24, 2011

~ Follow Me ! ~

Assalamualaikum!


Selamat malam. Weee! Entri nak promote semata-mata. Korang, meh la follow aku kat twitter walaupun aku tak selalu update. Hehe. Kalau tak kisah nak follow cari la aku di twitter dengan carian @JulianaAbuBakar ye! keke. Okbai!


p/s: ntah siapa-siapa yang aku follow kat twitter tu.




Tuesday, June 21, 2011

~ Gagal Lagi ! Syayatiiiiin ! ~

Assalamualaikum!


Selamat malam! Dah tido? Jap jangan tido dulu. Dengar aku nak meluah perasaan ni. Hari ni aku ade ujian ulangan JPJ jalanraya. Ye ulangan, dan aku gagal sekali lagi. Dua minggu lepas bole la aku bagi alasan aku takut dan gemuruh jiwa apa segala. Tapi kali ni alasan aku, aku cuai. Tidak berhati-hati dijalan raya. Pfft! Patut pun fail. Jadi makanya, kenalah aku retest lagi. Kali ketiga. Loser gila. Mungkinkah ada orang yang dilahirkan tak boleh memandu??? Dan persoalannya, bolehkah aku lulus dengan jayanya untuk test yang ketiga nanti?? Kalau kali ketiga pon aku fail jugak aku bakor je lesen L aku tu. Upah pemandu persendirian.


Sudahlah. Malas nak cerita panjang. Kesimpulannya, aku gagal lagi. Sekian, terima kasih.


p/s: i'm a reckless driver. 



Sunday, June 12, 2011

~ Zero Motivation ! ~

Assalamualaikum!


Hey guys. Aku tak tido lagi. It's not that i'm not sleepy but just thinking about so many things that give me headache. Malam ni motivation aku zero (tiap-tiap malam pon zero). Motivasi aku critical sekarang ni. Semua benda aku buat salah. Apa je yang aku buat aku rasa pointless dan miserable. Apa kena dengan aku ni? Aku sendiri pon tak tau. 

Hmm. Mungkin perlukan pembersihan rohani ni. Ish. Ish. Lalai dan alpa aku ni. Ada sape-sape yang nak jadi motivator aku? Free? Ade tak? Huhu. 



p/s: tolong. huhu. :(

Wednesday, June 8, 2011

~ G.S.M ! ~

Assalamualaikum!


sumber: Google

gambar nak sedapkan hati!

Hello. How's life kawan-kawan? Mood aku hari ni masih terganggu dek GAGAL test JPJ semalam. Damn! I knew i was going to fail the road test. Apa yang aku buat semalam aku sendiri pun tak tau. Memang down gile la gua cakap. Time buat kat litar aku tenang lagi. Tu pun nasib je lepas. Kalau tak mampus. Tapi bila dah gerak nak tunggu giliran untuk road test aku dah rasa memang nak gagal. &%#^! memang dah agak dah, bila satu demi satu kesalahan aku buat. Takyah tanye la ape aku buat. Kalau semua kesalahan mandatori aku langgar. Mestilah aku G.S.M "Gagal Serta Merta" <---- aku tak suka 3 perkataan ni!

Bila dah kena benti tepi jalan aku rasa macam nak tinggal je brader JPJ tu kat jalan raya. Drive la ko sorang-sorang. Rasa macam aku nak balik jalan kaki je. Frust nak mampus time tu. Lepas tu bole plak dia bantai bebel kat aku. Aku macam blur lagi. "Teruk betul awak bawak kereta! Belajar ke tak ni?" Haih. Malas aku nak jawab. Bebel la kau sorang-sorang. Dah la aku gagal. Tapi brader tu baik la sebenarnye. Dia bagi peluang banyak kali kot. Aku je yang bebal tak reti drive. Hahahaha.

Balik umah cool lagi. Tapi bila kena soal dengan mak pak aku terus banjirrrr! Frust sekali lagi. Sian kat mak pak aku. Mesti tak puas hati gila asal aku tak lepas road test. Huhu. But then, what past is past. Takde rezeki. Now i have to prepare myself for the next road test insyaAllah on this 21st June. Doakan aku ye kawan-kawan. Belum apa-apa aku dah takut. Shooot!!

Tapi takpelah. Takde rezeki. Aku salahkan diri sendiri. Sape suruh buat silap? Dahlah. Lagi aku tulis kang banjir pulak bilik ni. InsyaAllah, lepas ni aku takkan ulang kesilapan yang aku buat semalam. Aku kena yakin pada diri sendiri. InsyaAllah boleh! Pada yang wish good luck kat aku hari tu, thanks a lot. Sempoi la korang. Sayang sokmo! Okay, mintak diri dulu. Thank you for reading. 



p/s: ape yang susah sangat bawak kereta ni haaa???!!






Monday, June 6, 2011

~ Doakan Saya ! ~

Assalamualaikum!



sumber: Google

Selamat malam. Pada yang terbaca, aku nak mintak ihsan kau. Tolong aku boleh? Tolong doakan aku. Doakan agar aku selamat dalam perjuangan aku esok. Boleh? Aku ada test JPJ. Agagaga. (ye aku tau! lambat gileeee aku amik lesen. haha. ) Aku dah hilang keyakinan dan aku takut sangat nak hadap hari esok. Memang aku banyak-banyak berdoa pada Allah SWT mohon Dia tenangkan hati aku, mudahkan segala urusan aku dan jauhkan aku dari kesusahan tapi kau doalah sekali kat aku. hehe. Amiiin.

Kalau aku berjaya esok, Alhamdulillah. Tapi kalau aku tak berjaya, aku akan cuba terima jugak. Aku pon tak tau nape aku freak out sangat. Maybe because it's my first time and i hate failing. Cukuplah sebelum ni aku dah banyak kali GAGAL.  Repeat subject la. Repeat sem la. Segala jenis repeat but this time around kalau bole aku taknak GAGAL. Siapa yang nak gagal? Betul tak? Jadi tolonglah doakan aku. Pleaseeeeee. *wink*

Kalau diikutkan aku boleh dikira ready tapi aku ni cepat panik takut semua benda jadi haru-biru. So, pucuk pangkalnya, aku harus tenang. Okeh. Chill. Relax. Cooooool. 

sumber: Google.

   and now i'm freaking out again! 


Well i guess i should not talk and think about this too much. Dari semalam lagi aku fikir sampai pening. Okeh. Malas fikir dah. (padahal dah fikir sampai lebam). Esok buat je yang terbaik. Tapi please, please, please doakan aku ye. Beri aku semangat dan sokongan ye. Thank you for those who care and pray. Wish me good luck yeah?! Okey. Mintak diri dulu. Bye. Thank you for reading.






p/s: takut! :(

  


Sunday, June 5, 2011

~ CONTEST FRIENDS FOREVER ! ~

Assalamualaikum!


Selamat petangss! Woot wooooot! I nak masuk contest lagi uols! Haha. Tak meletak harapan pon. Oleh kerana aku dah ditag oleh cik diela jadi rasa bertanggungjawab pulak nak join. 
Jom kite chekidaut sikit contest ni oleh encik shafmechy. kalau nak join bole click gambar kat bawah ni.


bergayaaaa lah...gajah dalam gambar ni. hehe. okay, meh tengok gambar aku.


rowin * dil * kluang * aku

Okey, now sepatah dua kata. These are my partners in crime.  Haha. Dan mereka awesome! Geng berjimba dikala susah dan senang. Yang sudi terima cacat cela dan kurang lebihnya aku. Kenal tak la lama sangat tapi kami rapat la. Tapi since aku dah grad, jarang jumpa dah dorang ni. Huhu. Sedih siot. Ehceh. Tu je kot. Okaylah ! Harapan aku, dapat lagi melepak dan berjimba ngan korang. Rindu! And i really hope that our friendships last forevaah!


dengan itu meh aku nak tag:






yang telah aku click "LIKE":



phewwit! kalau kata aku menang belum tentu aku pakai jadi cam model ni kan?kan? +_+
okey, selesai. tu je. oh and tarikh contest ni sampai 19 Jun 2011 ni. Ape lagi terjah tuan tanah dan join skali okeh? minta diri dulu. bye! ;b




p/s: "My friends are my estate" - Emily Dickinson  :)

Friday, June 3, 2011

~ Kelebihan Bulan Rejab ! ~

Assalamualaikum!


Selamat tengah malam. Kawan-kawan sudah masuk bulan Rejab rupanya hari ni. 3 Jun 2011. Alpa sungguh aku ni. Memandangkan aku ni dah alpa, maka malam ni aku nak post pasal keistimewaan bulan Rejab ni. Tapi aku copy paste je la. Hehe. Dari blog:


Apa kelebihan bulan Rejab ni??
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH SWT, maka:

* Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT

* Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab  akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

* Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT

* Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab maka ALLAH SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat

* Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan Allah SWT

* Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan lapan pintu syurga

* Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH SWT akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH SWT akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah SAW lagi :"Pada malam Mi'raj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada air batu dan lebih harum daripada minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibril as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau di bulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah SAW ke sebuah kubur, lalu Rasulullah SAW berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH SWT.

Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?"

Lalu baginda bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan aku berdoa kepada ALLAH SWT, lalu ALLAH SWT meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab niscaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur."

Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus aku sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan sholat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH SWT, kecuali ALLAH SWT mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan sholat malam satu tahun."

Sabda baginda lagi "Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku."

"Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."
Jadi marilah kita sama-sama mencari kerehdaan Allah SAW dan mengumpul sebanyak mana amal yang mampu.
Sumber : JAKIM




p/s: MasyaAllah. Banyak betul kelebihan bulan Rejab ni. Apa lagi. Jom kita sama-sama puasa beramai-ramai. Sekali lagi credit to cik adyadnin.  :)