meebo

:: Geng-geng Aku Buncit ::

Sunday, June 26, 2011

~ Haaa. Ni Makan Diaaaa ! ~

Assalamualaikum!


Selamat malam geng! Malam ni aku nak post pasal makanan. Jeng jeng. Tadi aku buat pizza. Tapi pizza bodo je la. Haha. Memang bodo tapi kenyang dan sedap gak.



errr. tak tempting langsung kan. >_<

Abaikan rupa pizza yang hodoh ni ye dan aku namakan pizza ni 'Haaa. Ni makan diaaaa!' Kredit nama untuk Bang Bil yang baru-baru ni menang tempat ketiga dalam Maharaja Lawak. Hehe. Kat sini meh aku kongsi resepi nak buat pizza bodoh ni. Sebenarnye ni first time aku buat so aku main taram je.


Bahan-bahan:

350gm tepung gandum
mauripan sepaket
1/2 sudu teh garam
1 sudu minyak
200ml air suam (agak-agak sendiri la)
gaul semua bahan diatas kemudian bahagi 2 dan tunggu 30 minit.

sos Prego
daging kisar
bawang besar
cili hijau besar or capsicum
goreng bahan-bahan kat atas ni

cheese untuk ditabur atas inti pizza

lepas tu canailah doh tadi tu jadi bentuk pizza, letak bahan-bahan yang dah digoreng tu, tabur cheese, masuk dalam oven pastu bakar ikut kesesuaian masa. Pastu siap! Boleh makan!

Bahan-bahan kat atas ni yang basic je. Nak lagi hebat kau google la resepi orang lain. Nak lagi sedap kau beli la kat pizza hut. Okay? Ha, tu je aku nak cerita. Mintak diri dulu. Bye! Assalamualaikum!


p/s: rupa hodoh tapi rasa sedap. :)




No comments: