Saturday, August 27, 2011

~ Salam Dari Perantauan ! ~

Assalamualaikum!


Salam Ramadhan yang ke 27 untuk semua yang membaca. Haaa. Masing-masing mesti dalam mood nak beraya ye tak. Al maklum lagi 3 hari lagi kita dah nak raya. Hari ni mungkin dah ada yang balik kampung sebab cuti pun dah start. Aku pulak mood tak sampai lagi. Yela, orang lain sume dah start cuti tapi aku hari Isnin nanti masuk keje lagi. Jadi lambat sikit la aku rasa nak raya tuh. Semalam pon geng-geng kat ofis sume dah ucap selamat tinggal dan selamat hari raya kat aku. Huhu. Sedih pulak aku. Tapi takpe. Nanti aku pun beraya jugak.

Okay, bersempena hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang ni, aku nak sampaikan ucapan Selamat Hari Raya untuk semua yang membaca, terbaca secara sengaja atau tidak sengaja. Selamat hari ketupat dan rendang. Selamat hari wajik dan dodol. Semoga anda semua berbahagia disamping keluarga serta insan-insan tersayang dihari lebaran nanti. Untuk yang memandu, berhati-hati dijalan raya. Untuk yang teman pemandu jangan pulak kau tido je (mengata diri sendiri). 

Aku jugak nak mintak maaf sekiranya selama ni aku telah menyinggung perasaan dan hati orang-orang yang singgah kat blog aku ni, geng-geng buncit aku, kawan-kawan, teman-teman, boifren-boifren lama dan jugak yang baru, musuh-musuh ketat, all my partners in crime dan siapa-siapa je lah. Maaf secara digital dan virtual la aku tujukan kat sape-sape yang terasa dengan aku kerna aku manusia yang tak bisa lari dari melakukan kesilapan. Hehe. 

Akhir kata, Selamat Hari Raya dan maaf zahir dan batin. Peace!




kad raya digital limited edition khas dari aku (digital ke???). kekekeke. So mintak diri dulu ya. Happy Eid Mubarak kawan-kawan. Assalamualaikum!







p/s: orang buat kad raya digital, aku nak buat jugak. haha. pedulik la tak lawa pon. asalkan aku adeeee. 





Tuesday, August 23, 2011

~ Manisnya Kurma Ini ! ~

Assalamualaikum!


Selamat malam! Aku ngantuk tapi aku nak update jugak. Bukak pose tadi makan apa? Hari ni aku makan besaaaar. Bos aku yang besaaar belanja bukak pose. *riakkk disitu* Okaylah. Best laaaaa. Cumanye tadi aku dah setting tempat duduk baiiiik punya, tetibe je aku kena tukar meja. Kena duduk semeja dengan bos. Cesss! Terbantut pemakanan aku tadi. Yela, duduk bertentang je dengan bos besar. Kena la aku makan cover-cover. Kalau tak aku dah berjimba-jimba dah makan dengan geng-geng senget aku tuh. Nak posing-posing amik gambar pun tak jadi. 

Segan-segan je aku makan tadi. Udang dan ikan siakap tu seolah menari-nari mintak dimakan. Akhirnya telur je yang aku capai. Huhu. Tak syok wooo duduk ngan bos. Nak kena buat muka manis semanis kurma. Dahla bos tu selalu marah aku sebab aku buat kerja lambat. Padan lah muka aku kan. Bila kena duduk semeja lagi la aku rasa tak kena. Tapi takpe, aku gagahkan jua makan bersama bos. Makan dan makan dan makan. Lepas tu bos besaaar kite orang kasi duit rayaaaa. Fuyoooo. Tak sia-sia aku maniskan muka kan dapat gak duit raya. Hehe. Dah dapat duit raya terus kite orang cabut. Tak fikir apa dah. Balik rumah, drive sorang-sorang. Dahlah aku tak pernah lagi drive time malam. Sampai rumah, aku pun dah ngantuk. Maka terpaksa lah aku tidur. ZzZzZZ. Gunait!


p/s: ngantukkkkk tapi mau update jugak. Forgive me for all the craps! Goodnite bebeh!








Saturday, August 20, 2011

~ My Working Saturday ~

Assalamualaikum!

Yaw geng! Apakah aktiviti hari Sabtu ni? Aku keje pulak hari ni. Boring je. Patutnya aku ada operasi nak buat kuih raya tau hari ni. Tibe-tibe semalam boss suruh masuk keje plak. Jadi dengan hati yang penuh semangat dan berjiwa kental aku masuk jugaklah office. Nasib baiklah half day. Agagaga!


Aktiviti aku kat office hari ni:


1. Buat surat-surat
2.  Dengar lagu raya
3. Online. Update status fb dan blog
4. ZzzZZZZZ


Produktif sungguhkan hari Sabtu aku kat office. Haha. Sekarang aku dah bosan and tak tau nak buat ape. Nak pegi cari keje jap la. Okay lah bebeh sekalian. Nanti aku update lagi okay. Chowww!

Sunday, August 14, 2011

~ Kuih Datuk Lee Chong Wei ! ~

Assalamualaikum!

Yuhuu. Buat ape tuh? Aku? Rilek-rilek, guling-guling sambil dengar lagu raya. Diam tak diam, nak masuk 15 Ramadan dah kan esok. Sekejap je. Pastu tau-tau dah raya. Cepat betul masa berlalu. 

Anyway, tadi dengan jayanya aku menghasilkan kuih yang kedua dan ketiga. Haaaa. Semangat gila lah buat kuih. Sedap ke tak belakang kira. Janji aku buat kuih raya. Hari tu aku dah buat kuih tart gulung. Tadi buat chocolate chip cookies dengan cornflakes madu. Resepi biasa je. Takde lah nak hebat sangat. Janji orang buat kuih, aku pun hadooo. 

Minggu depan ada lagi misi membuat kuih. Nak buat banyak-banyak. Syok sikit. Tapi insyaAllah la kalau jadi la. Hehe. Okaylah, mau kongsi cerita kuih je. Sekarang mau berundur dulu. Tataaaaa!!


sumber: Google

p/s: tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei sungguhpun kalah kepada Lin Dan. Anda tetap juara! Proud to be Malaysian! Nanti aku buat kuih raya sempena nama ang sebagai tanda sokongan pada ang walaupun ang tak menang. kalah tak bermakna tewas. eh??






Friday, August 5, 2011

~ Rindu Ah ! ~

Assalamualaikum!


Agagaga. Rindu gile kat blog. Lame tak update. Malas dan busy. Ehceh. Tapi memandangkan sekarang ni takde orang and i'm all alone in the office so this is my best chance to write up a new post. jeng jeng jeng!

Oh anyway, sekarang aku sedang bekerja. Kerja kerani kat Maintenance Office @ PICC. It has been 3 weeks since i started working here. Kerja aku, standard la jawab call or complain, taip-menaip, tolong bos apa yang patut lah. So far, the job is fine, the pay is fine too though it is not that much. Takpela. Kata nak cari pengalaman before aku betul-betul dapat pekerjaan yang sesuai.


Sepanjang 3 minggu ni banyak jugak la benda yang aku belajar. The best part is, there are only 5 female workers here and the rest are male. Jadi aku bekerja dikalangan jejaka-jejaka tampan seantero Malaysia. Tapi macam cool gak sebab basically they majored in engineering punye field so aku agak kagum dengan kebolehan dan kemampuan workers kat sini (walaupun seharian aku kat dalam office je).


Ape lagi ek? Oh, and PICC is like super huge that i was lost once while looking for the musolla. Sesat sampai ntah kemana-mana. Dah la takde pass. Pucat gak la muka aku. Nasib baik jumpe jalan keluar. Tapi aku tak sempat lagi nak buat lawatan industri kat PICC ni. Banyak lagi kot tempat yang aku tak tau kat sini. Yela, nama pun admin clerk je. Mestilah kerja aku kat dalam ofis je. 


Takpe, time by time nanti aku discover la tempat-tempat kat sini kan. Okaylah. Aku pon dah tak tau nak merepek ape kat sini. Lain kali aku post lagi okay. Bye. Jangan rindu-rindu aku. Tibeeee.




p/s: takut woo bile time solat jumaat aku sorang je kat office. yang laki pegi solat jumaat , yang perempuan yang lain balik umah. abes aku???  >.<