meebo

:: Geng-geng Aku Buncit ::

Tuesday, August 23, 2011

~ Manisnya Kurma Ini ! ~

Assalamualaikum!


Selamat malam! Aku ngantuk tapi aku nak update jugak. Bukak pose tadi makan apa? Hari ni aku makan besaaaar. Bos aku yang besaaar belanja bukak pose. *riakkk disitu* Okaylah. Best laaaaa. Cumanye tadi aku dah setting tempat duduk baiiiik punya, tetibe je aku kena tukar meja. Kena duduk semeja dengan bos. Cesss! Terbantut pemakanan aku tadi. Yela, duduk bertentang je dengan bos besar. Kena la aku makan cover-cover. Kalau tak aku dah berjimba-jimba dah makan dengan geng-geng senget aku tuh. Nak posing-posing amik gambar pun tak jadi. 

Segan-segan je aku makan tadi. Udang dan ikan siakap tu seolah menari-nari mintak dimakan. Akhirnya telur je yang aku capai. Huhu. Tak syok wooo duduk ngan bos. Nak kena buat muka manis semanis kurma. Dahla bos tu selalu marah aku sebab aku buat kerja lambat. Padan lah muka aku kan. Bila kena duduk semeja lagi la aku rasa tak kena. Tapi takpe, aku gagahkan jua makan bersama bos. Makan dan makan dan makan. Lepas tu bos besaaar kite orang kasi duit rayaaaa. Fuyoooo. Tak sia-sia aku maniskan muka kan dapat gak duit raya. Hehe. Dah dapat duit raya terus kite orang cabut. Tak fikir apa dah. Balik rumah, drive sorang-sorang. Dahlah aku tak pernah lagi drive time malam. Sampai rumah, aku pun dah ngantuk. Maka terpaksa lah aku tidur. ZzZzZZ. Gunait!


p/s: ngantukkkkk tapi mau update jugak. Forgive me for all the craps! Goodnite bebeh!








2 comments:

Abang Jonni said...

rugi ah x mkn siakap ngan udang tu... huhuhu.

~Saya Buncit~ said...

@Abang Jonni: rugiiiiii gilerrrr. makan mcm terbantut kan. saya bukan jenis makan selambe. so macam malu-malu dan akhirnya gudbye udang dan siakap.