meebo

:: Geng-geng Aku Buncit ::

Saturday, August 27, 2011

~ Salam Dari Perantauan ! ~

Assalamualaikum!


Salam Ramadhan yang ke 27 untuk semua yang membaca. Haaa. Masing-masing mesti dalam mood nak beraya ye tak. Al maklum lagi 3 hari lagi kita dah nak raya. Hari ni mungkin dah ada yang balik kampung sebab cuti pun dah start. Aku pulak mood tak sampai lagi. Yela, orang lain sume dah start cuti tapi aku hari Isnin nanti masuk keje lagi. Jadi lambat sikit la aku rasa nak raya tuh. Semalam pon geng-geng kat ofis sume dah ucap selamat tinggal dan selamat hari raya kat aku. Huhu. Sedih pulak aku. Tapi takpe. Nanti aku pun beraya jugak.

Okay, bersempena hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang ni, aku nak sampaikan ucapan Selamat Hari Raya untuk semua yang membaca, terbaca secara sengaja atau tidak sengaja. Selamat hari ketupat dan rendang. Selamat hari wajik dan dodol. Semoga anda semua berbahagia disamping keluarga serta insan-insan tersayang dihari lebaran nanti. Untuk yang memandu, berhati-hati dijalan raya. Untuk yang teman pemandu jangan pulak kau tido je (mengata diri sendiri). 

Aku jugak nak mintak maaf sekiranya selama ni aku telah menyinggung perasaan dan hati orang-orang yang singgah kat blog aku ni, geng-geng buncit aku, kawan-kawan, teman-teman, boifren-boifren lama dan jugak yang baru, musuh-musuh ketat, all my partners in crime dan siapa-siapa je lah. Maaf secara digital dan virtual la aku tujukan kat sape-sape yang terasa dengan aku kerna aku manusia yang tak bisa lari dari melakukan kesilapan. Hehe. 

Akhir kata, Selamat Hari Raya dan maaf zahir dan batin. Peace!




kad raya digital limited edition khas dari aku (digital ke???). kekekeke. So mintak diri dulu ya. Happy Eid Mubarak kawan-kawan. Assalamualaikum!







p/s: orang buat kad raya digital, aku nak buat jugak. haha. pedulik la tak lawa pon. asalkan aku adeeee. 





2 comments:

Mr. Cemat said...
This comment has been removed by the author.
Mr. Cemat said...

lalalala