Tuesday, September 6, 2011

~ Kenapa Aku Single ?! ~

Assalamualaikum!


Selamat malam kawan-kawan alam mayaku! Terima kasih kerana sudi menyinggah kat blog aku yang tak seberapa ini. Terharu aku. *lap airmata*. Anyway, hari ni aku nak cite pasal topik yang aku jarang-jarang la nak cite kat orang. Hehe. *blushing*. Ececeh. Okay, topiknya adalah antara sebab kenapa aku masih single. Haaaa.


Dikiri kanan aku banyak betul couple-couple yang sedang bahagia. So, tipulah kalau aku cakap aku tak jeleskan? Hehe. Dalam jiwa aku ni memberontak nak mengorat lelaki tapi tiap kali aku nak usha jantan je ada few things that stopped me from doing so. Then i end up being single. Haha. Loser gile kan.

First: Aku single sebab aku aku tak laku.
Haha. Ye, penat aku menjual minyak tapi tak penah satu pun menjadi. Nak cakap aku gatal, silakan. Takde masalah. Aku mengaku. Lalala. Tapi maybe aku fail sikit when it comes to the art of seduction kot. Okay agak lucah disitu. Keke. 

Second: Aku single sebab aku tak reti bercinta.
Mesti ada yang kate aku poyo kan. Tapi biarlah. Aku tak reti la kalau dah bercinta, mesti nak kena jumpa selalu sedangkan aku lah makhluk tuhan yang paling malas nak jumpa orang. Pastu 24 hours aku nak kena update kat si dia aku kat mana, aku buat ape, aku dah makan belum, dah pegi jamban ke belum sedangkan aku malas gila nak text or call orang. Then, aku mesti kena pujuk dia kalau dia marah or merajuk sedangkan aku orang yang tak reti nak pujuk orang. Kalau tak pujuk kang gaduh pulakk. Tak ke susah??

Third: Aku single sebab aku tak berani hadapi pergaduhan, perpisahan dan yang sewaktu dengannya.
Aku tak pernah lagi gaduh time bercinta, jadi aku takut kalau aku gaduh dan akhirnya berpisah, merana dan sengsara. So biar je la. Tak yah cinta-cinta. Kalau putus tengah jalan aku tak cukup gagah nak hadap sorang-sorang. Aku manusia yang lemah. Tibaah.

Fourth: Aku single sebab aku bukan calon isteri dan menantu pilihan.
Lalala. I guess there are still many aspects that i need to change about myself. Perangai kasi senonoh sikit. Hidup kasi stabil sikit. Pastu barulah bole jadi isteri dan menantu pilihan.

Fifth: Aku single sebab aku memilih calon.
Homai! Mana aku nak cari calon yang selain daripada beriman dan baik hati, tak merokok apa sume, aku nak laki yang boleh cakap bahasa korea dan suka berkain pelikat. Kat mane ade??

Sixth dan yang seterusnya...aku takleh fikir. Haha. Tu je kot. Jadi, begitulah kesudahannya. Beginilah aku. I'm single, i'm okay! Haha. Sudah-sudah. Sekadar bercerita. Okay. Gudnite!



p/s: cerita diatas adalah rekaan semata-mata. tidak ada kena-ngena ngan sape2 samada yg hidup atau yg mati. :)

   


1 comment:

Cik PupuRara said...

hihihihi :D

alaa.
kak jue tertinggal lagi satu reason npe single.

"kak jue jual mahal sangat. x bg discount!"

hehehe. :) *kidding*