Saturday, September 10, 2011

~ Langsi La Lu ! ~

Assalamualaikum!


Selamat malam! Siapa lagi yang tak tidur ni? Aku dah tido tadi tapi aku terjaga dan sekarang aku lapar tapi malas nak makan. *kunyah laptop* Anyway, i'm always feeling annoyed with some people lately. Bukan lah aku nak memaki beliau-beliau disini cuma perangai dia yang annoying itu menyebabkan aku mahu meluah perasaan kat sini. 

So i have a question, how can a person be so uncivilized? By uncivilized i mean impolite and bad mannered. Hari ni dua kejadian yang membuatkan aku berfikir sejenak. Manusia yang berpendidikan tinggi, berstatus tinggi, bergaji tinggi dan segala segi pun tinggi ni memang langsi ke? I am not overgeneralizing this group of people, yela banyak je orang yang berhormat yang memang elok perangai dia. Kadang-kadang segelintir je. Tapi yang segelintir ni la yang mengganggu hidup masyarakat setempat.

Tak paham aku. Susah sangat ke nak hormat orang? Aku cakap pasal ORANG ye. MANUSIA. Bukan HAIWAN. Eh! Haiwan pun aku hormat tau. Apetah lagi MANUSIA. Jadi kalau orang lain kurang ajar ngan aku, aku rasa macam dia tak layak digelar manusia je. Zaman mana kau hidup? Takde tamadun sungguh. Nak kate tak pandai belajar tinggi. Kalau ye pun dah memang perangai kau tak hormat orang, kau tak rase nak ubah ke? Bukan lama pun hidup ni. Kalau kite saling hormat-menghormati kan dapat pahala jugak. Allah pun sayang.

Tapi itulah yang membezakan manusia. Pangkat dan darjat. Cuba buang dalam longkang benda tu. Kerana kita semua sama dimata Allah. Yang membezakan kite sebenarnya iman dan takwa kita. So, takyahla langsi sangat. Aku pun tak nak la cakap lebih sangat. Kate kat orang tibe-tibe aku pun sama langsi macam orang-orang ni. Jadi pengajarannya kat sini, hormat lah orang sekiranya anda mahu dihormati. Langsilah sekiranya anda mahu dilangsi. Penat dah meluah. Lega rasanya. 

Maka dengan ini, hamba mahu menyusun sepuluh jari dan memohon maaf pada semua. Selamat malam dan Assalamualaikum! Peace!




p/s: abaikan kemerepekan aku. 




No comments: