meebo

:: Geng-geng Aku Buncit ::

Friday, September 16, 2011

~ Stop Complaining ! Be Thankful ! ~

Assalamualaikum!


Salam hari Malaysia dan Salam 1 Malaysia. Ehceh. Feel sikit hari ni. Firstly, i would like to wish everyone happy Malaysia day! Sila berbangga dengan tempat tumpahnya darah kita ini, negara Malaysia yang aman dan makmur lagi maju. Okay. Semangat jap. Hehe. 

Dihari-hari cuti ni aku amik la kesempatan sejam dua nak menaip. Ceritanya pasal mengomel. Baru-baru ni syarikat tempat aku bekerja tu dapat baju uniform. Standard la. Baju ala-ala corporate gitu kan. Kaler-kaler dia agak meriah mengikut kesesuaian department la. Bila sorang-sorang dah dapat baju tu, kami pun ape lagi. Testing 1,2,3 la. Bila dah testing, macam-macam la pulak komen yang budak-budak ni bagi *termasuk laaa aku, aku pun kritik sekali. hehe*. Besar laaa. Buruk laaa. Warna macam ntah apa-apa laaa. Labuh laaa. Macam Alam Flora laaa.  Macam cleaner laaa. Macam-macam laa.

Bila aku balik umah aku komplen pulak kat mak aku. Baju ni macam ni..macam tu..tak suka..bla..bla..bla. 
Mak aku jawab, " Tak baik merungut. Pakai je la. Kat situ la nana cari rezeki."

Lepas tu aku terdiam dan terfikir. Betul gak. Memang la kalau boleh kite nak semuanya tersarung cantik kat badan kite. Orang tengok pun terlanggar tiang. Tapi, dari kite komplen lagi baik bersyukur. Ada gak baju uniform. Nak cantik sangat pun, takde benda yang kekal cantik kat dunia ni. Tu semua duniawi semata. Yang cantik tu perangai dan akhlak kite. Kan? kan? Baju cantik perangai tak senonoh tak guna gak kan.

Tapi bila aku dah sarung baju tu, okay je. Orang puji aku lagi ade la. Hehe. Riak disitu. Jadi terpaksa aku tarik balik kata-kata aku. I put on the uniform the very next day and went to the office. With pride. Haha. Biarpun akak cleaner tu cakap macam bendera Indonesia *because mine is red and white*, aku tak peduli. :)

So kesimpulannya, let's stop complaining and be thankful. hehe. Ingatan untuk diri aku sendiri. 





chow dulu. Assalamualaikum! peassss!



p/s: technical. haha. kau mampu??



2 comments:

ZWAN SABRI said...

HAHA.. Kan dah kena setempek.. btw, bersyukurlah.. at least ada baju jugakkan.. x la bertelanjang.. ;)


MySuaraBlog: Bersin OK, Menguap K.O?

cerita best said...

NICE BLOG....pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada byk lg tip blog yg nk bg kt tuan blog jemput siggah ke laman blpg pakjoe jgn lpa tau sbb pakjoe dh follow