Tuesday, November 1, 2011

~ Bayi ?! ~

Assalamualaikum!


Buat apekah geng-geng buncit sekalian? Pergh! Hujan-hujan begini, berat betul mata aku nak update blog. Besarnya dugaan ni. Aku harungi jugak. So malam ni aku nak share satu story mory kat korang. Tadi aku melawat baby baru encik boss aku kat umah dia. Pergi beramai-ramai dengan budak2 ofis yang lain. Memang ramai la. Nasib tak roboh umah dia.

So anyway, besela baby baru lahir kan. Dah name pon baby, mestila comel kan. So semua orang berebut-rebut nak pegang baby tu. Jadi kat situ adelah beberapa orang wanita termasuklah aku. Bila masing-masing pegang baby tu, wanita-wanita ni semua nak tunjuk naluri dan sifat-sifat penyayang seorang ibu yang beranak sepuluh. Okay, aku faham kau suka bayi tapi aku tak paham kenapa kau rasa kau tau semua sedangkan kau tak lalui lagi proses menghasilkan dan melahirkan bayi?

Aku selalu dengar orang laki cakap macam ni : " Orang perempuan kalau dukung budak nampak sangat sweet..." or " lelaki suka perempuan yang suka budak..." dan sebagainya. Tapi aku pulak nak cakap, orang perempuan meluat dan menyampah bila tengok perempuan lain cuba-cuba tunjuk hebat dan serba tahu bagaimana nak jaga bayi. Bagi aku, dah nama pon perempuan, kalau tak reti dukung bayi kau pegi dukung sayur je lah. 

Encik boss aku tu memang tak penah ada baby so ini first time la dia jadi ayahanda, tapi wanita-wanita yang tak kawen lagi tu pulakkk bukan main sibuk nak ngajar encik boss aku cara-cara jaga budak. Oh and i forgot to mention, mak mertua encik boss ade je kat rumah tu. Orang-orang tua kan lagi banyak pengalaman jaga bayi, so agak-agak wanita-wanita tu bole tak beat pengalaman mak mertua encik boss tu? 

Serius aku pun tak tau nape aku annoyed sangat. Sebab aku tak dapat pegang baby tu kot. Yelaa sumenye sibuk nak gendong. So aku batalkanla niat nak gendong babynye. Haih. Tapi takpelaa. Esok kalau anak ko sendiri, jangan ko tak reti nak jaga pulak. Okay, update ini sekadar meluah perasaan. Okay. Ngantuk. Nak tido. 


p/s : sila abaikan kemerepekan ini. saya sayang bayi! :)







No comments: