meebo

:: Geng-geng Aku Buncit ::

Monday, September 28, 2015

~Patah Riuk Jemari! ~

Assalamualaikum! Selamat tengahari.

Dah lunch ke? Aku takde selera la plak hari ni. Cancel terus nak lunch ngan kawan. Padahal lapar gile! So ape yang best aku nak update hari ni. Today's post is special to those who love to shop online!! Sepp sikit sape yang suka shopping online ni. Ever heard of #mycybersale2015? It's the biggest online sale in town. Bila start? hari nie wehhh sampai 2nd October 2015. Aku pon tak usha lagi byk mane produk2 yang ade sale ni. so jom la same2. Just go to www.mycybersale.my dan silalah shopping online sampai patah jari-jemari kau tu. maklumlah dunia sekarang dihujung jari jeeee. jom reramai!

p/s: belanja aku pedo seketullll. hehehe




p/s: sumber gambar dari MDeC. peace!



~juliana~





Saturday, September 26, 2015

~Dunia Blogging Yang Lama Ku Tinggalkan~

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembacaku diluar sana. 


Yang wujud atau pun yang tak wujud. haha. Selamat datang kembali ke blog aku yang dah usang dan dah takde rupa blog lagi ni. Okay, jadi apa khabar orang kampung? Semoga sihat dalam keadaan jerebu yang tak menentu sekarang ni. Hari tu macam dah lega kan? Ni dah datang balik. Takpe la. Kita doakan yang baik-baik je ye.

So cerita hari ni pasal ape? Pasal blog usang aku ni la. Tibe2 je aku teringat yang aku ada blog dan teringat balik zaman2 aku rajin gila update blog time takde keje lagi. Skang ni dah keje dah takde masa la nak update. Plus zaman media sosial yang dah maju ni aku tak tau kalau masih ade yang nak baca random post. I know people still blogging cume macam aku cakap tadi la, post merapu macam aku ni ada lagi tak yang nak baca?

Tapi takpe la. Yang penting sekarang ni aku berangan nak menulis balik. Nak curahkan balik segala isi hati dan buah fikiran aku. Berkongsi cerita dan pengalaman dan yang paling aku selalu buat, post merapu untuk mematikan kebosanan dan bazir masa. Haha.

I think I should just go on and write all the stuffs that make me happy. Orang nak baca ke tak terpulang. i won't do any harm to anyone sebab aku pon tak suka sangat konstroversi ni. Aku suka aman dan damai je.

So tunggu la nanti bila2 senang aku idea mencurah aku tulis entri yang indah2. Buat masa ni aku banyak merancang je dulu dan berangan. Hehe. Jadi, sampai ketemu kita di entri yang akan datang. Mintak diri dulu.

Assalamualaikum!

~juliana~

Thursday, May 28, 2015

~ Kopi Perasa Instagram ~

Assalamualaikum. Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.



Ade lagi ke yang belum tido ni? Aku dah tertelan kopi tadi dan sekarang aku nyesal sebab memikirkan betapa berharganya waktu tido yang terbazir ni. Esok confirm aku susah nak bangun dan pasti aku kena marah dan akan lmbat pegi keje dan kat ofis nanti mesti aku mengantuk tahap maksimum. Bukan aku tak cuba lelapkan mata, tapi memang mata aku segar bugar ni. Huhuhu. 😓

So tengah mata takleh lelap ni la aku layan instagram (ish3. bukan contoh yang bagus). Skang ni kan tengah hangat dan trending kat ig pasal dubsmash. Haaa. Banyak la dubs yang kelakar. Rase2 kasi tambah ngantuk ke tambah tak ngantuk?
Aku pon ade gak buat dub. Tapi tak kelakar la. Sekadar hiburkan hati. 

Tp dalam kite dok dubs tu orang yang memerlukan jangan dilupe. Okay? Maka aku pon dah start rasa ngantuk. Tido dulu la ye? Sape sudi follow la kite punye blog. 😝

Selamat malam!


~juliana~