Thursday, May 12, 2016

~#marykayproductreview Oil-Free Eye Make Up Remover by Mary Kay~

#marykayproductreview

 







Yes. Iklan lagi. Awas post kali ini panjang. Tapi kalau nak dipendekkan, biar aku perkenalkan sejenis cecair yang boleh membeliakkan mata anda. Wowww. Cecair apakah yang dimaksudkan?
.
Jeng3x. Mestilah the one and only oil free eye make up remover by Mary Kay.
.
So kenapa mesti ada item ni?
.
Sebab item ni memudahkan kerja2 penanggalan make up di bahagian mata. Baik eye shadow, mascara (nak2 yg waterproof) eyeliner dan yang seangkatan dengannya. Wehh. Tahu tak kulit dibahagian mata adalah yang paling nipis dan sensitif pada tekanan. Aku baru tau. Jadi mesti ada penjagaan yang rapi disituuuu. Unless kau suka mata kau nampak macam panda, berkedut dan berkantung. Tak kann? Okay teruskan membaca.
.
Sebelum ni kalau aku pakai make up, memang ada masalah nak tanggalkan eye shadow especially mascara la (tu pon aku pakai hidup segan mati tak mau). So what i did was, standardlah taruk baby oil tak pun wet tissue dan tonyoh la sampai rasa macam nak kedalam bola mata aku. Tu diaaa. Tanggal tapi merana. Haha. Dua2 pon tak elok sebenarnya.
.
Tapi tu sume sementara jeee. Sebab aku dah mula gunakan oil-free eye make up remover dari Mary Kay ni la. Sapu dan make up pon tanggal. No more hard tonyohan in my eyes.
.
Next, tau tak eye make up remover ini bebas minyak? Serius. Yang terapung2 ituu bukan minyak tapi silikon wehh. Bayangkan kau bersihkan make up dimata sekaligus kau sapu silikon kat situ yang bertindak sebagai ejen untuk menganjalkan kulit bawah mata tuuu. Patutlah kemain relaks mata aku ni. ZzZzZ. Haha.
.
Selain tu, eye make up remover ni kau bole guna dekat bahagian bibir uiii. Bagus tak? Maksudnya bibir kau pun dapat penjagaan silikon disitu. 


Jadi ia bukan sekadar mencuci solekan kita tapi menjaga dan memberikan kelembapan pada kulit kita dengan harga mampu milik. Tu yang pentinggggg!! Haha

p/s: Mungkin ada antara kita yang dah ada jenama kegemaran sendiri tapi tak salah kan kalau nak cuba? Sebab bukan aku je yang cakap okay. Ramai yang dah mencuba.Jika berminat nak cuba, bole contact perunding bebas Mary Kay anda. You may also contact me. :)

Yours beautifully,
Jubs_MaryKay


No comments: