meebo

:: Geng-geng Aku Buncit ::

Sunday, March 26, 2017

~ #MaryKayProductReview with Juna@MK - Botanical Effects Evolution ~

Assalamualaikum dan helo!

Kembali lagi dalam post yan baruuu. Haha. Memang kena disiplinkan diri betul la aku ni. Asik lupa je nak update. So this is my next #JunaMKproductreview . Okay jadi apakah produk yang aku nak review kali ni. 





Jeng..







Jeng..







Jeng..



Taraaaa!!! Cewah. Produk dah lama dalam pasaran kau baru nak review? Haha. Apakah iaaa? Tak lain dan tak bukan Mary Kay Botanical Effects Evoulution. Wah! Gah tak namanya? Terus aku terbayang Polis Evo dan kete Evo yang berdesup laju tu. Okay, takyah buang masa. Jom kite review kebaikan kandungan bahan-bahan BE Evo ni. Ada dua bahan utama dalam BE Evo ni. 

1. Buah Naga 
2. Lidah Buaya

Dua-dua bahan ni kaya dengan anti-oksidan (sangat penting untuk membantu melawan radikal bebas yang boleh buat kita tua sebelum usiaaaa. ohemgiee). BE Evo ni sesuai untuk segenap lapisan masyarakat. Anak kau yang baru akil baligh umur doblas tahun dah bole start guna (kauuu. mak dulu kekecik cuci muke pon hidokk)

So ada 5 items semuanya and they are:

1. Cleansing Gel
2. Invigorating Scrub
3. Refreshing Toner
4. Moiturizing Gel
5. Moisturizing Lotion SPF 30 Sunscreen


Banyakkkk. Tapi penjagaan kulit yang tidak rumit dan segar. 


1. Cleansing Gel

Kata Pakar:

- mengandungi bahan-bahan yang diekstrak secara natural daripada kelapa untuk membersihkan kulit.

- bersih secara mendalam & efektif dan melarutkan semua kesan minyak.
- tak mengeringkan kulit atau rasa tegang.

- kulit berasa segar, bersih & licin

Kata aku:
Bila guna cleansing gel ni perasaan sangat best. Gel dia berbuih tapi kadar yang kurang. Jadi tak guna banyak, sikit pon dah okay. Lepas cuci memang rasa bersih. Kulit pon segar je. Wangi pulak tu.

2. Invigorating Scrub (2/3 kali seminggu)

Kata Pakar:

- bertindak membuang kulit mati & kulit yg kusam.

- pori-pori dibersihkan secara mendalam.
- dirumus dgn benih buah utk "exfoliate" semula jadi utk mmbersihkan pori2 & tidak menyumbatkan.
- mengandungi ekstrak kelapa & epal.
- kulit berasa lebih licin, bermaya & sihat!


Kata aku:
Memang best. Nak2 lepas cuci muka tambah pulak scrub, kesegaran berganda! Kalau boleh nak pakai tiap hari. Tapi sbb dia scrub. So kite limitkan penggunaan 2 ke 3 kali seminggu.


3. Refreshing Toner

Kata Pakar:

- merapatkan pori2 & remove exceed oil.
- menanggalkan lebihan2 kotoran, sel2 kulit mati.
- Mengandungi ekstrak Witch Hazel 
- mengawal kulit berminyak

- kulit lebih segar & kelihatan sihat.

Kata aku:
Okay yang ni paling best antara semua aku rasa. Sebab bagi aku kulit aku rasa paling bersih lepas dah guna toner. Part yang kawal minyak tu la paling aku suka.


4. Moisturizing Gel

Kata Pakar:
- Mudah meresap dalam kulit.
- Mengawal kelembapan kpd semua jenis kulit.
- formula yg ringan & tidak berminyak.

- melembapkan sehingga 12 jam.

Kata aku:
Benda ni sejukkk. Rasa soothing, selesa dan rasa sempurnaaaa dah. Memang bole rasa kesan dia.

5. Moisturizing Lotion SPF 30 Sunscreen 

Kata Pakar:
- protect skin from UVA & UVB
- meresap dalam kulit dgn cepat.

- kelembapan sehingga 12 jam

Kata aku:
Benda alah ni kalau pakai cepat menyerap. So tak buang masa aku. Memang mudah.


Dan bile dah selesai apply semua memang kau rasa dunia kau punya. So when i'm done with the routine, kalau kata kau tak pakai make up hari tu, kulit memang rasa segar sepanjang hari dan tak berminyak. Dan kadang ada masa yang aku cuma sempat cuci muka je weh, tp dah cukup rasa segar sepanjang hari (yang ni jangan la di ikut. haha). Aku start guna Nov 2016. Dalam lebih kurang 4 bulan. Tahan lama jugak dan harga pon mampu milik. Dan paling penting, khasiat dia dan kesan dia memang positif.

Jadi jika anda mencari pencuci muka yang sesuai, bole la consider untuk tukar ke BE Evo ni (tp sebelum tu bergantung pada history product jugak okay.) Mana nak cari? Saya Mary Kay Indipendent Beauty Consultant ada jual or mungkin anda bole hubungi Beauty Consultant anda secepat mungkin. Orait. Sehingga bertemu di post2 yang seterusnyaaa.

Byeee,

Yours truly,
Mary Kay Beauty Consultant
Juliana


Saturday, March 18, 2017

~ #MaryKay SCC with Juna ~

Assalamualaikum semua!

Bertemu lagi kita. Err. Setelah post yang terakhir di zaman dahulu kala. Haha. So what is new?
Lets not waste the time. Hari ni post tentang #MaryKay. So setelah sekian lama, baru aku bergiat balik nak buat Skin Care Class bersama wanita-wanita jelita yang mahu lebih jelita dengan menggunakan produk-produk Mary Kay.



Tadaaa. *sila abaikan typo error disitu. Kau nampak mmg mata kau tajam. So anyway, i was a bit nervous at first but i was really lucky to have my recruiter around. Fuhhh. Banyak gak dia tolong tadi. Thank you dik!


this is Pika.

Initially, cuma dua orang yang responded to my invitation tapi last minute ramai pulak yang join. Haha. So the session tadi lebih kepada main-main mekap sebenarnya sebab masa agak terhad. Tapi walaupun masa terhad dan singkat, everyone was having so much fun trying out the products.
 FOR FREE. Definitely. 

Ini yang bagusnya tentang Mary Kay, bila datang untuk consultation korang bole cuba semua produk yang ada. Bukan sekadar cuba, tapi masa ni jugakla korang akan didedahkan dengan pelbagai kebaikan dan kelebihan produk2 Mari Kay. Daripada foundation, ke eye shadow, ke lipstick, pendek kata semua item yang available time korang dapat try okay waktu SCC ni.  So kalau berminat tau mana nak cari kannn? For now jom kite tengok riak wajah excited masing2 try produk Mary Kay.

*sumber gambar dari Pika & Ika.*











so ni model aku petang tadi si noi




cantik tak? hihi. calit sikit je dah cantik. cantik efforlessly okay. tak perlu berat2 sgt.



para attendees. thank you ladies. :)



ika is using Semi Matte Powerful Pink. Mek ni memang gemar warna2 terang macam gini. Sesuai jugak untuk karakter dia yang happening itu. 

So that was it for the first session. Nanti aku share the outcome for the next session orait? 

So until then, kita jumpa di next post! 

p/s: kalau ada yang ajak pegi SCC, pegi je tau sebab free and bole cuba macam2 item Mary Kay. Tapi kalau takda yang jemput, bole pm aku so kita bole set masa cerita ceriti okeyyy?




Your Mary Kay Independent Beauty Consultant,
Juna