Saturday, August 19, 2017

~ Know Your Skin Type ~

Assalamualaikum and good morning!

Korang buat apa tu? Apa pun aktiviti korang, diharap korang berada dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknyaaa. Okay. Untuk post kali ni, aku nak share pasal jenis-jenis kulit. Just a simple guide untuk korang kenal pasti (pada yang confuse tu la) jenis kulit korang yang macam mana. So i guess this is going to be a very short post. 

Orite. Meh tengok gambar kat bawah ni. Jenis2 kulit yang biasa dijumpai.

credit picture to: pinterest

1. Kulit normal - biasanya orang yang kulit normal ni kulit dia licin, halus dan pori pulak nampak tak terlalu ketara. Kelembapan dan penghasilan minyak pon seimbang. Kulit jenis normal jarang bermasalah. Hmm. I can only think of babies. 

2. Kulit berminyak - pori kelihatan besar dan kulit pulak kelihatan berminyak seluruh bahagian muka. Biasanya berjerawat sebab sebum atau minyak yang berlebihan menyebabkan pori tersumbat. 

3. Kulit kering - selalunya kulit kering ni rasa ketat, kasar, kusam, garis-garis halus kelihatan, pori pun lebih kecil. Kebiasaanya kulit kering ni berlaku sebab kurang penghasilan sebum atau minyak. 

4. Kulit sensitif - kebiasaannya kulit sensitif ni korang akan rasa sangat kering, ketat macam tegang tu dan sangat mudah teriritasi. Kalau silap produk mmg sgt sensitif dan terus nampak kesan mcm gatal contohnya.

5. Kulit kombinasi - ni jenis kulit yang lazim la. aku pn jenis kulit kombinasi. Kulit kombinasi biasanya berminyak di bahagian zon-T dan kawasan lain samada kering atau normal.

So clear tak semua? Ada yang konfius lagi tak? Bila dah tau jenit kulit, kecenderungan untuk korang salah pilih produk tu kurang la ye tak? Kalau ada yang konfius lagi, jom2 kite sembang2 pasal kulit lagi. 


P/s: Apa pun jenis kulit korang, product Mary Kay ada jalan penyelesaiannya. So if you need consultation bole contact nombor di bawah ni.


Mary Kay Independent Beauty Consultant

Juliana | 0113.255.8016




  

No comments: