Saturday, August 19, 2017

~ Mary Kay Skincare Regimes ~

Assalamualaikum and good morning!

Happy weekends!!

Let's talk about beauty shall we? Sambil tengah2 nak makan kudap2, nak bersosial media, berkenduri kendara. Bole multi task dan baca penulisanku yang tak seberapa ni. Hihi. So just nak share dengan kalian semuaaa. Tau tak ada berapa banyak skincare yang Mary Kay ada? Dua? Tiga? Empat? Nope. Ada banyakkk. Tak caya tengok kat bawah ni.





There are 7 all of them (9 sepatutnya,sebab BE pecah kepada 3 formula berbeza)

Setiap skincare mempunyai fungsi yang berbeza sebab masalah kulit kita pon berbeza2 dan keperluan kulit kita juga berbeza. Ada orang nak cerah, ada yang nak hilangkan jeragat, ada jugak yang nak licinkan kulit sebab banyak bekas jerawat. Jadi Mary Kay sediakan set2 yang berlainan, bergantung pada masalah dan juga keperluan kulit masing2. Jadi sebelum tu, amat penting untuk kita kenal jenis kulit muka kita dan masalah kulit yang kita hadapi supaya senang la nak tau skincare yang mcm mane kita perlukan. Bukan ikut trend tau.

So what Mary Kay has to offer from its skincare regimes? I'll list down one by one and beserta dengan fungsi dia secara ringkas dan aku akan cerita review setiap skincare set ni dalam post yang seterusnya supaya  mudah korang nak hadam. One step at a time. Hihi. So here are the list:

1. Mary Kay Botanical Effects (BE) Skincare

- The most basic set. Sebab dia beri keperluan asas untuk kulit wajah kita. Ada 3 formula berbeza. 

i. Formula 1 -  untuk kulit kering
ii. Formula 2 - untuk kulit normal dan kombinasi
iii. Formula 3 - untuk kulit berminyak

Dua bahan utamanya adalah: Silymarin (susu buah tistel) dan buah Luo Han Guo 

Biasanya untuk permulaan memang set BE ni dapat kembalikan kulit wajah yang sihat kerana kebaikan botani, itulah keinginan kulit anda. Kandungan BE ni dijamin selamat dengan bahan kimia yang sangat minimum dan regime ni paling tak rumit la senang cite. Sebab dia ada pencuci, freshen, mask dan hydrate. Complete. Sesuai untuk semua jenis kulit dan umur. 

2. Mary Kay Botanical Effects Evo (BE Evo)

- Okay, untuk set BE Evo ni adalah BE yang dah diupgrade. Cuma ada satu formula untuk BE Evo ni dan ianya sesuai untuk semua jenis kulit. Bole digunakan seawal usia 12 tahun. Ada 5 turutan yang aku kira masih mudah la. Bahan utama dalam BE Evo adalah aloevera dan buah naga. Yumehhh. Hihi. Rutin dia masih mudah. Mula dengan pencuci, scrub, toner, moisturizing gel dan moisturizing lotion with SPF. Untuk review BE Evo ni aku penah cerita panjang lebar. 

3. Timewise Miracle Set 

-Untuk mereka yang dah mula nampak tanda-tanda penuaan dah bole la start atau tukar kepada Tiwewise Miracle Set. Miracle la sebab set ini dapat kurangkan garis halus, menganjallkan kulit, kulit lebih lembut dan halus dan bole sekatakan tona kulit jugak. Ha ini berdasarkan ujian klinikal dan dermatologist tau. Bukan reka2 cerita. Untuk Timewise Miracle set ni ada 4 rutin yakni 3-1 cleanser, Age-Fighting Moisturizer, Timewise Day Solution dan Timewise Night Solution. Ni yang basic tapi bawah Timewise banyak lagi produk2 yang mmg terbaik tapi tu kita cerita lain kali ye. Haha.

4. Timewise Repair Volu-Firm Set

- Satu lagi skincare anti penuaan tapi lebih advance kerana bukan sahaja bertindak menentang anti penuaan tapi untuk kembalikan kulit yang lebih anjal daripada sebelum ni. Ada 5 rutin dalam regime ni, mula dengan Volu-Firm Foaming Cleanser, Volu-Firm Lifting Serum, Volu-Firm Eye Renewal Cream dan Volu-Firm Day Cream 

5. ClearProof Acne System Set

- Penjagaan kulit Clear Proof ini khas untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat yang serius. Lelaki dan perempun dua2 pon bole pakai. Bagaimana set ni membantu? Dengan mengawal minyak berlebihan sambil tu dia bersihkan pori-pori kita yang dah tersumbat tu. Jadi jerawat pon tak sempat menyinggah. Sebelum ni Mary Kay mmg ada set untuk acne yg serius, tapi tu yang lama dah digantikan dengan yang baru, dan penambahan produk baru bawah Clear Proof ni. 3 item yang sedia ada adalah, Cleanser, Serum dan Spot Solution dan penambahan lagi 3 item adalah charcoal mask, toner dan oil free moisturizer.

6. MelaCep Plus Luminous System Set

Siapa yang mahukan wajah cerah berseri? Bole cuba MelaCep set ni. Melacep ni membantu dengan memberikan tona yg lebih sekata dan menambahbaikan kecerahan kulit. Kalau nak hilangkan bekas jerawat yang hitam2 tu atau yang ada masalah jeragat pon elok pakai set ni. Tapi jeragat tak bole dirawat tau. Pudarkan boleh. 5 rutin penting iaitu foaming cleanser, mask, ulitmate serum, freshener dan ultimate cream.

7. Mary Kay for Men

-Ye. Siapa kata Mary Kay untuk perempuan je? Mary Kay pon ade set untuk orang lelaki tau. Lelaki pon kena jaga kulit muka jugak dan risau tentant penuaan jugak. Haha. In fact BE pon ada jugak lelaki yang guna. Untuk MK for Men ni  ada Facial Wash, Eye Cream dan Facial Hydrator. 


Okay. Cukup dah semua jenis skincare. Ku intoduce sesikit dulu. Next post, aku cite lagi detail. See you in the next post.

P/S: Tapi sebelum tu korang tau ke korang jenis kulit yang mcm mane? Hmmm.

Till then,

Mary Kay Independent Beauty Consultant.
Juliana | 0113.255.8016


No comments: